17 Julai 2009

Tidur di Rumah Panjang


Merakam (Still Photo dan Vedio) menjadi tugas
kami sepanjang 5 hari berada di Sarawak . Sebelah
saya ialah Saudara Daud seorang Pegawai Penerbit
Rancangan


Rumah Orang Ulu yang menjadi tempat saya, Ismail,
Daud dan Ramli bermalam


Penari lelaki menunjukkan kehebatan menggigit
ukiran kayu seberat 10 kilo


Kami akan bermalam di Rumah Panjang. Dua buah bas membawa kami ke Kampung Budaya berhampiran kaki Bukit Santubung. Untuk melihat kampung tradisi orang-orang Sarawak sebenarnya tidak mudah kerana perjalanan ke Kampung Budaya Santubung langsung tidak memperlihatkan kampung tersebut.

Di Kampung Budaya kami disambut oleh En Leo seorang petugas disitu. Menariknya En Leo memakai taring binatang buas di kedua-dua belah telinganya. Saya dan pelajar yang menyertai program mobailiti dibawa kesebuah rumah etenik Orang Bidayuh. Rumahnya tinggi dan agak memenatkan saya. Semua pelajar ditempatkan disini. Manakala saya, Ismail, Daud dan Ramli ditempatkan di rumah Orang Ulu. Rumahnya panjang dan tinggi.

Hj. Ismail bergambar di beranda Rumah Orang Ulu

Saya difahamkan rumah-rumah masyarakat pribumi Sarawak dibangunkan begitu demi menjaga keselamatan masyarakatnya. Dengan rekabentuknya yang tinggi maka kemungkinan besar binatang buas dan liar tidak mampu untuk mengganggu anak buah sesuatu kaum.

Ketika melihat persembahan budaya di Kampung Budaya Santubung saya merasai kepuasannya kerana penari-penarinya adalah dari kalangan anak-anak tempatan Sarawak. Manakala disebelah malam satu sesi latihan tarian dan lagu etenik Sarawak telah dianjurkan untuk pelajar-pelajar dan semua ahli rombongan.

Kami dapat bertemu dengan penyanyi asal lagu Puteri Santubong. Disebelah siangnya saya sempat bertemu Saudara Safar Gafar seorang pereka tari yang terkenal di Sarawak.


16 Julai 2009

Sungai Sarawak


Pertunjukkan tarian etenik Sarawak di atas
kapal yang belayar di Sungai Sarawak


Lagu "Sayang Sarawak" membuatkan saya mengidam untuk melihat sungai tersebut. Kami yang menyertai program mobailiti pelajar berkesempatan belayar bersama dengan kapal di Sungai Sarawak.

Pekej pelayaran selama satu jam setengah ini memberikan kami mengenali apa yang terdapat di pinggir Sungai Sarawak. Seperti bangunan baru Dewan Undangan Sarawak, Istana Gabenor, rumah Ketua Menteri dan kampung-kampung tradisionalnya.

Dihujung pelayaran kami dapat melihat matahari terbenam di Sungai Sarawak. Satu pertunjukan tarian Sarawak telah diadakan sebelum pelayaran itu tamat.

Muzium di Sarawak


Di Muzium Sarawak pelajar dapat mengenal erti
penjajahan



Ketika melawat beberapa muzium di Kuching Sarawak, saya membuat keputusan bahawa Sarawak memiliki khazanah sejarah, budaya yang lengkap. Apabila melawat muziumnya saya memperolehi banyak maklumat dari sekecil-kecilnya hinggalah yang besar. Sesuai dengan negerinya besar di Malaysia maka saya memperolehi kepuasan melihat Sarawak secara menyeluruh.

Saya dapat melihat sejarah kaum-kaum yang terdapat di Sarawak, budaya hidupnya dan beberapa perkara yang sukar kita perolehi jika tidak melawat muziumnya.

Sesuai dengan nama ibu negerinya Kuching maka satu Muzium Kuching terdapat di sana. Bagi anda yang meminati kucing maka saya fikir muzium ini amat kena pada tempatnya untuk dilawati.

15 Julai 2009

Sarawak; Indah, penuh sejarah dan budaya


Bergambar berlatar belakangkan
Gunung Santubung


Tali yang dianyam begitu rupa
dijadikan hiasan rumah


Menerima tugasan ke Sarawak adalah satu yang tunggu-tunggu selamat ini. Biarpun akan ke sana selama lima hari dengan meninggalkan keluarga saya harungi juga tugasan ini demi mencari pengalaman baru.

Misi merakam gambar kegiatan pelajar yang menyertai Program Mobaility UKM akan berakhir di Sarawak. Jika sebelum ini saya ke Langkawi, Ismail dan Ikhwan ke Sabah. Saya menyambung tugas ini di Sarawak bersama Ismail. Ikhwan akan balik ke Bangi. Ikhwan sudah berada di Sabah selama tujuh hari meninggalkan isteri yang sedang mengandungkan anak pertama mereka. Syabas Wan.

Tiba di Sarawak saya menerima berita separuh pelajar yang menyertai program ini mengalami sakit perut ketika berada di Sabah. Banyak versi kisah bagaimana mereka boleh terkena sakit perut. Apa yang menyedihkan mereka jadi truoma untuk makan, terutamanya pelajar yang datang dari luar negara. Mengikut kisahnya doktor yang mengikuti rombongan tersebut bekerja keras untuk memastikan pelajar-pelajar ini akan sembuh. Sepatah kata Prof Kamaruddin "lebih teruk dan lebih payah nak jaga jika dibandingkan dengan pesakit H1N1".

Takdir Allah

  Jika anda membaca status saya tentang hubungan anak, isteri, suadara mara bukan bermaksud saya ada masalah dengan mereka. Mereka tiada mas...