08 Julai 2009

Pulau Dayang Bunting


Di jeti Pulau Dayang Bunting


Pemandang berhampiran Pulau Dayang Bunting

"Tengok tu Raai, nilah Pulau Dayang Bunting. Hujung tu kepala, tu dada dan perutnya macam orang bunting", terang Prof Shafie kepada saya ketika bot sedang mengharung ombak besar.

Pulau Dayang Bunting terkenal dengan Tasik Dayang Bunting. Airnya tawar bukan air masin yang menjadi amalan khurafat suatu masa dulu untuk orang-orang yang lambat dapat anak. Namun kini tidak lagi diamalkan agaknya?

"Tengok ni kalau bahagian ini pecah sudah tentu air masin akan masuk ke tasik" jelas Dato Shahrudin kepada seorang pelajar mengenai kedudukan pulau tersebut.

Inilah realitinya mengenai Tasik Dayang Bunting yang terdapat di Pulau Dayang Bunting. Indahnya ciptaan Allah untuk kita kecapi. Sudah pastinya penduduk Langkawi memperolehi pendapatan hasil industri pelancongan.

"Barang kat sini kena jual mahal sikit. Saya datang ke sini sewa bot dekat RM200 untuk bawa barang-barang jaulan", kata Ismail yang bekerja menjaul cenderamata dan minuman kat Tasik Dayang Bunting. beliau orang Melaka merantau ke sini. Menariknya tiada liputan talian telefon.

Seorang anak muda yang sepatutnya bersekolah di tingkatan satu menjadi pembantu kepada juru boat. Saya panggil dia sebagai Awang. Rupa-rupanya dia anak yatim tinggal dengan nenek. Menurut kisahnya, ada orang yang mahu jadikan dia sebagai anak angkat tapi dia tidak mahu kerana neneknya.

07 Julai 2009

Puas melawat Langkawi




Di jeti Teluk Mempelam, Pulau Langoon


Di Gua Kelawar


Seringkali saya ke Langkawi tempat-tempat seperti Kuah, Padang Matsirat, Pantai Chenang adalah temoat kunjungan ramai.

Namun hari ini saya bersama rombongan pelajar UKM dan antarabangsa berpeluang melawat beberapa pulau. Beberapa pulau yang menjadi identiti Langkawi Geopark menjadi tempat kunjungan kami. Pulau Langon menjadi tempat kami menjamah makanan tengahari. Pulaunya bersih, airnya jernih. Namun tidak terlepas dari sampah sarap yang dibawa oleh ombak dari pulau yang berpenghuni.

Mengelilingi pulau-pulau yang terdapat di Langkawi Geopark sudah tentu memberikan kepuasan melihat helang menyambar mangsa. Melihat monyet-monyet kelaparan meminta makanan dari pengunjung.

Melihat penduduk Langkawi yang boleh meraih rezeki dengan kunjungan pelancong dari luar.

06 Julai 2009

Pantai Pasir Tengkorak





Di Pantai Pasir Tengkorak, saya dan pelajar-pelajar yang menyetai Program Mobaliti menyusuri batu-batu yang bertaburan. Batu-batu di situ seperti dipecahkan dengan menggunakan bom. Namun sebenarnya tidak. Ia berlaku dengan cara semula jadi (sudah tentu dengan kehendak Allah).

Kami berjalan lebih dua kilometer. Dengan tenaga yang saya ada saya mampu menamatkan perjalanan tersebut. Namun azabnya tuhan saja yang tahu. Sesekali Amri membantu saya agar tidak terjatuh dan cedera.

Satu perjalanan yang amat azab.

Naik Kereta Kabel Langkawi




Sewaktu menerima tiket yang disediakan oleh urusetia Program Mobaliti Pelajar UKM untuk naik kereta kabel, hati saya terasa juga kecut. Maklumlah naik kereta kabel yang menyambungkan batu-batu sahaja. Namun seronok juga ketika berada diatas kerana melihat
pamandangan pulau-pulau sekitar Pulau Langkawi.


Untuk menghilangkan rasa gayat (ngeri) maka saya, Kamarul dan Amri menggunakan peluang merakam gambar.

Saya bertanya kepada seorang pelajar, kenapa mantan Perdana Menteri Tun Mahathir memberi ilham membina kereta kabel. Pelajar itu menjawab "untuk mencari keuntungan "

Apabila saya memberi tahu mungkin Tun ingin menguatkan semangat rakyat Malaysia maka dia bersetuju

Selepas saya selesai turun dari kereta kabel semangat saya sudah kuat. Hilang semua fobia.

Telaga Tujuh Langkawi




Tahu tak bahawa terdapat dua rupa batu di Langkawi terutamanya di Telaga Tujuh. Telaga Tujuh terdapat tujuh bentuk takungan air. Nak naik ke sana memanglah azab. Calang-calang tenaga pengsan di tengah jalan. Tapi cukuplah kalau kita dapat tiba di kawasan air terjun pertamanya.

Menariknya pakar geologi memberitahu terdapat batu di situ yang berusia antara 200 juta dan 500 juta tahun. Justeru kalau ke Langkawi kajilah teori ini. Inilah yang menariknya kalau kita boleh belajar ilmu geografi. Macamana nak tahu? Kata Prof. Dr Shafie mereka menggunakankaedah mengecam fosil dan radiologi.

05 Julai 2009

Ke Langkawi

Sesampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, saya menelefon Kamarul. dia menjawab "aku ada kat luar tunggu kau sampai". Rupanya Kamarul dan Amri menunggu saya diluar Airport. Lega kerana tak perlu sewa teksi...

Oleh kerana saya memang pantang menjamah makanan sebelum naik kapalterbang maka kamim bertiga ke gerai di Pantai Chenang untuk bersarapan. Pekena juag dua bungkus nasi lemak berbalut daun pisang.

Kemudian kami bertiga meneruskan perjalanan ke hotel penginapan berhampiran kereta kabel Langkawi.

Takdir Allah

  Jika anda membaca status saya tentang hubungan anak, isteri, suadara mara bukan bermaksud saya ada masalah dengan mereka. Mereka tiada mas...