18 Jun 2009

Makan, kawan dan kemesraan

Sebelum pukul 12 tengahari semalam saya menerima panggilan telefon daripada Kamaluddin. Rakan sekolah, rakan sekampung di Sungai Batang, Sik, Kedah. Walaupun dia muda setahun, namun perbezaan umur hanya setahun kami macam sebaya. Tambahan kedewasaan kami menjadikan faktor umur tidak ketara.

Kamaluddin (selepas ini saya akan sebut sebagai Din sahaja) kalau lama tak jumpa pastinya dia akan sms, menelefon atau ajak makan. Din tinggal di Salak Tinggi, bekerja dengan RISDA Bandar Baru Bangi, Selangor. Berkahwin dengan orang Alor Star, isterinya kini seorang pegawai di jabatan pendidikan.

Ketika makan tengahari yang saya belanja kerana ada sikit rezeki lebih, kami mengambil tempat duduk berhampiran BSN Kompleks UNIKEB. Masalahnya setiap orang yang melalui meja makan kami semuanya menyapa saya dan sudah pasti ada yang saya perlu tegur. Mungkin kerana kerjaya saya sebagai jurufoto di UKM membuatkan ramai yang mengenali saya.

Akhirnya, selepas seorang pensyarah yang duduk semeja kami jadi makan bertiga. Banyak juga topik yang dibincangkan. Oleh kerana Din harus pergi ke Kampung Laut, maka dia meminta izin. Saya pula terus melayan pensyarah tadi. Selang lima minit Din membuat panggilan telefon minta maaf kerana tak sempat bercerita panjang kerana baru dia sedar tempat kami makan tadi tidak sesuai untuk bertemu sahabat lama. Tambahan beliau mengetahui saya baru sahaja pulang dari Brunei maka dia hendak tahu lebih lanjut cerita dari sana. Mungkin Din berhajat ke sana.

Din diantara sahabat lama yang tidak pernah membuat masalah dengan saya. Mungkin jikalau berkecil hati pun kami pendamkan sahaja di dalam hati. Malahan ketika di Kedah 30 tahun lalu, acap kali dia akan datang ke rumah dengan basikal beroda besarnya sambil berpakaian kain batik. Sembang-sembang macamana hendak hidup pada masa hadapan.

Kini gaya hidup kami diteruskan, jikalau terasa rindu kedai makan adalah antara tempat pertemuan kami. Namun kerana kekangan masa maka kami tidak dapat bertemu sekeluarga di rumah. Mungkinkah ini gaya hidup baru orang zaman sekarang?

Namun pada saya kemesraan harus teruskan kerana ia telah lama wujud.

16 Jun 2009

Semangat mesti kental

Sesekali kena bertugas di Kuala Lumpur semangat kena kental. Sesak dan kerenah pemandu di jalan raya Kuala Lumpur sudah pasti menguji kesabaran. Apakah orang Kuala Lumpur sudah berubah dari segi gaya,budaya dan peribadi? Namun itulah kerektor orang Kuala Lumpur.

Ketika menaiki komuter, LRT lagilah pula....isteri saya yang setiap hari menggunakan keretapi letrik dapat melihat kerenah penumpangnya. Untuk bertemu orang muda memberikan tempat duduk kepada orang tua agak susah ditemui.... Tahniah kepada orang muda yang tidak bersikap demikian.

Aaaah, pagi tadi semasa hendak ke kampus UKM Kuala Lumpur saya terperangkap selama 15 minit di dalam terowong Smart. Wau mendebarkan juga apabila terpaksa memandu sejauh lebih 4 KM dalam suasana kenderaan bergerak perlahan dan sudah tentu kereta banyak.

15 Jun 2009

Kursus Teknik Fotografi Program Sains Forensik UKM






Hari ini saya sudah selesai mengendalikan kursus Teknik Fotografi untuk pelajar-pelajr Program Sains Forensik UKM. Mereka merupakan pelajar pengambilan ketiga bagi Program Forensik UKM. Kursus ini bermula semalam.

Saya menggunakan segala pengalaman yang ada semasa menjadi jurufoto sains ketika berada di Fakulti Sains dan Teknologi sebelum ini. Minat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar ini begitu tinggi. Mereka ini begitu inteligent dan seronok membimbing mereka.

Merakam gambar untuk tujuan kerja-kerja sains tidak sama dengan fotografi biasa. Banyak perkara yang harus dititik beratkan terutamanya yang melibatkan sempel kajian saintisfik.

Selamat Berangkat Abang Mad

  Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarh...