09 Mei 2009
Hari Ibu.....

Gambar hanya hiasan-oleh Raai
Hari Ibu 10 bulan Mei.
Apakah kerana untuk mengingati ibu kita harus mengadakan Hari Ibu? Pada saya jika untuk mengingati ibu dengan cara mengadakan hari Ibu itu lebih baik dari pada langsung tak ingat ibu. Jangan marahkan orang menyambut Hari Ibu kerana ada orang menyambut Hari Kekasih bagaikan nak "rak". Takkan lah nak sambut Hari Ibu tak boleh.
Yalah, kalau anda setiap hari menyambut Hari Ibu tahniah! Tapi bagaimana anda yang jauh setiap hari anda SMS Ibu, atau lebih hebat telefon ibu? Saya lebih suka andainya kalau di Hari Ibu semua anak-anak yang masih ada ibu balik berjumpa ibu macam balik hari raya!
Atau pada malam Hari Ibu penuh sesak dengan anak-anak dan ibu di mana-mana tempat makan, hotel, restoran, gerai atau di mana sahaja.
Kebetulan Hari Ibu tahun ini (10 Mei 2009) jatuh pada hari Ahad. Namun saya tidak melihat lebuhraya ke selatan tanahair penuh sesak (atau jem) seperti hari-hari perayaan lain. Apakah orang yang ada ibu tidak balik kampung untuk berjumpa ibu?
Saya sudah tiada ibu tetapi kubur ibu ada.
Dan ingatlah ungkapan ini "Kita ada ibu,Ibu kita hanya satu. Kita ada Ibu nasihat Ibu beribu-ribu...."
Sempena Hari Ibu apa kata malam ini kita berhenti merempit di jalanraya, berhenti merokok, berhenti minum arak, berhenti buat maksiat. Kerana ucapan "Selamat Hari Ibu" kepada seorang ibu tidak ada maknanya andainya apa yang ibu harapkan tidak ditunaikan.
Bayangkan lah malam ini Hari Ibu, tapi kita merompak, pecah rumah, patah kaki kerana merempit.
Paling saya pilu apabila seorang Profesor yang pernah menjadi kaunselor di penjara mendapati seorang ibu sanggup mengaku mengedar dadah atas alasan tidak mahu anaknya dipenjarakan. Apa jenis anak ini?
Saya insaf kalau tiada hari Bapa kerana saya faham untuk mengandungkan seorang anak, untuk bersalin seorang anak, untuk membesarkan seorang anak bukan mudah. Kerana ada bapa yang hanya menghantar seorang ibu yang lepas bersalin ke rumah mertua sepanjang tempoh berpantang.

Hari Sabtu buat saya
Saya pernah merasai bekerja hari Sabtu semenjak bertugas di UKM bermula tahun 1979. Kemudian ada dua versi, Sabtu bekerja dan ada Sabtu bercuti. Kini Setiap hari Sabtu semua pejabat kerajaan diutup.
Namun jika kuliah sedang berlangsung di mana-mana universiti dan khususunya di UKM saya tidak pernah merasai cuti pada hari Sabtu. Saya harus berada di bilik kuliah BSL114H kerana mengendalikan kursus Seni Foto HK1131,1141 dan 1143. Bagi saya bertugas pada hari Sabtu bukanlah pelik. Malahan saya menjadi kurang selesa jikalau pagi Sabtu berada di rumah.
Andai ada apa-apa program keluarga saya hanya akan melunaskan selepas jam 12 tengahari. Bukan bermakna saya abaikan program keluarga. Namun andai terdapat kejadian kecemasan saya masih dibolehkan menunda kuliah. Walaupun saya hanya pensyarah sambilan mengendalikan kursus ini tapi harus ingat, saya perlu mematuhi semua peraturan akademik di UKM.
Pada 2 mei lalu peperiksaan teori telah berlalu keputusan sudah pun saya capai. Siapa dapat A, namun yang pasti saya tidak pernah menggagalkan mana-mana pelajar. Namun andai anda pelajar saya jangan SMS untuk bertanya apa keputusan anda. Itu rahsia saya.
Mulai hari ini saya harus belajar untuk menyesuaikan diri bercuti hari Sabtu sehingga hujung buklan Jun, kerana awal bulan Julai kuliah akan bermula.
Apa yang pasti saya akan rindu kepada suasana kuliah kerana saya berada dalam kalangan pelajar-pelajar UKM yang mantap dan cemerlang!

03 Mei 2009
Tanggungjawab yang berat
Semalam 2 April 2009 telah selesai saya mengendalikan peperiksaan Seni Foto. Saya sedang membuat penyemakkan kertas-kertas jawapan sebanyak 34 semuanya. Bukan mudah, dan bukan boleh dibuat main-main. Ini tanggungjawab yang besar, berat dalam menentukan keadilan kepada 34 orang pelajar saya.
Namun andainya mereka berlaku adil dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar selama 14 minggu (14 kuliah) lalu maka sudah tentu keputusan yang saya buat sudah tentu adilkan?

Langgan:
Catatan (Atom)
Takdir Allah
Jika anda membaca status saya tentang hubungan anak, isteri, suadara mara bukan bermaksud saya ada masalah dengan mereka. Mereka tiada mas...

-
Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: | KWSP Anda | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara | Selepas Lima Tahun Kita Bersara...
-
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya a...
-
Ketika Ketua Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said memberitahu pihaknya mahu membawa seorang Jurufoto ke Kem Hob...