26 Februari 2009

Masuk hutan di Bukit Unggul


Foto kanan: En. Fauzi menunjukkan cara mengunyah Daun Kapal Terbang.
Foto kiri: Daun Kapal Terbang




Lihat galeri

Hari ini sejak jam 8.30 pagi saya dan peserta-peserta Kursus Fotografi dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dibawa masuk ke hutan Bukit Unggul oleh En Fauzi jurulatih di Nur Bukit Unggul Eco Resort.

Seronok juga masuk hutan etelah lama tidak masuk. Kali akhir saya masuk ke hutan ialah pada 28 Okt 2008. Paling menarik kami terserempak dengan ular Katam Tebu sedang tidur. Selepas jumpa ular tersebut semua peserta akan berhati-hati ketika melintasi ranting-ranting pokok.

En Fauzi bekas tentera kini menjadi jurulatih di Nur Bukit Unggul Eco Resort telah menunjukkan cara-cara membantu orang ketika berlaku kecemasan di dalam hutan, seperti jika terpatuk ular atau luka.

Anda kenal pokok kapal terbang? Pokok ini boleh merawat mangsa patukan ular. Caranya ialah dengan mengunyah daun tersebut dan letakkan ditampat patukan ular. Menurut En. Fauzi bisa ular akan keluar dengan cara daun tersebut terangkat.

Tepatlah kata seorang peserta dalam hutan adalah hypermarket bagi orang-orang asli.

25 Februari 2009

Hari ini di Nur Unggul

Hari ini saya berada di Nur Unggul Eco Resort mengendalikan Kursus Fotografi Digital untuk pegwai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) bersama-sama dengan Dr Arif yang dianjurkan oleh TEA, UKM Holding.

Selamat Berangkat Abang Mad

  Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarh...