Catatan

Cara-Cara Nak Keluar Masuk Wang Tabung Haji Dengan CIMB Click

Imej
  Sejak PKP 1.0 hingga 3.0 urusan nak keluar dan masuk wang ke Tabung Haji menjadi susah. Mana taknya berbaris satu hal, ada masanya TH tutup. Masalah keselamatan pun satu hal lagi. Baik kali ini penulis nak bantu bagaimana mengeluar dan memasukkan wang tanpa pergi ke TH. Buat ka rumah saja. Saya tunjukkan cara menggunakan CIMB Click: 1. Setelah membuka laman web CIMB cari tulisan Tabung Haji dan klik kat tulisan itu. Jika pertama kali sila buat sambungan dengan CIMB terlebih dahulu. 2. Jika telah disambung cari tulisan Tabung Haji dan klik. Anda akan dapat melihat jumlah wang di TH. Dalam gambar di bawah saya hitamkan jumlahnya 3. Jika hendak pindahkan wang dari TH ke CIMB tekan kat tulisan Tabung Haji dan pilih wang itu nak dipindah ke mana. TH atau CIMB 4. Jika wang nak dipindahkan ke CIMB maka tekan butang CIMB akan jadi merah, Jika tekan butang Tabung Haji ia akan jadi merah. Nah sekarang urusan dengan Tabung Haji menjadi mudah tanpa pergi ke kaunter. Zaman Covid-19 adalah dig...

EBook: Kuasa Doa

Imej
 Sila klik  EBook Kuasa Doa

Pelastin: Apa Peranan Kita?

Imej
Setiap tahun di bulan Ramadan Israel akan menyerang Pelastin. Tahun 1442 H/2021 sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Umat Islam di luar negara Arab bagaimana? Tahukah Israel tetap ganas dan menang kerana Allah hendak mewujudkan para syuhadah di sana. Kita? Kita tak mampu menjadi seperti rakyat Pelasten.  Kita ada harta kita ada wang kenapa kita tidak gunakan membantu Pelastin. Ramai umat Islam yang masih belum boleh ke Tanah Suci buat haji atau umrah. Apa salahnya kita guna sebahagian wang itu untuk membantu mereka. Itu pun jihat. Banyak NGO yang membuat hebahan di media sosial. Pilih sahaja samada hendak bersedekah sebanyak 1 ribu ringgit atau hanya 10 ringgit.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1442H

Imej
 Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Mohon maaf kepada anda yang sering mengikuti blogs saya.

Catatan 2: Keadaan PKP 3.0

Imej
Teman kita ada dua hari lagi berpuasa. Selepas ini kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Ini kali kedua kita beraya tidak seperti biasa bertemu sanak saudara. Saya masih bersyukur kerana jangkaan saya tahun lepas adalah hari raya terakhir buat saya. Maklumlah sudah beberapa kali keluar masuk bilik bedah. Tebuk di kiri, tebuk di kanan. Beberapa kali juga tekanan darah naik lebih 200. Tapi syukur kerana nyawa saya milik Allah. Setakat hari ini angka kematian disebabkan oleh Covid-19 bertambah. Saya juga pernah diswap semasa masuk wad dan ada tanda-tanda batuk dan demam. Jangan kita buat lawak pasal Covid-19. Tak kena tak rasa. Tak rasa tak sakit. Bila sakit baru risau. Saya antara jutawan ayah dan atok yang terpaksa ikut SOP paling ketat. Kalau nurse kat Dialisis Center cakap apa saja kami ikut. Mereka dah macam anak-anak kami. Bak kata orang kalau kami jutawan dan tiada anak, mereka layak kami wasiatkan harta. Tapi tak semua kami kaya. Ada yang dapat bantuan pusat zakat ada yang Soc...

Catatan 1: Keadaan PKP 3.0

Imej
Kesian saya tengok KP KKM dah setahun buat sidang akhbar membentangkan kes Covid-19. Dalam group macam2 video, audio keluar. Ada yang betul ada entah saya pun tak tahu. Anak buah seorang nurse hantar masej "kami dah letih Cik. ICU penuh, katil tak cukup". Takkan itu pun kita tak caya. Hari ini keluar untuk beli tiket bas untuk anak nak balik semula lepas raya ke tempat dia kursus tengok banyak kunter tiket ditutup. Anak balik dengan izin pengetuanya dan dapat surat polis. Bila saya tanya kepada pekerja kaunter tiket, tempahan bas macam mana? Katanya, "adalah juga yang beli sebab dia orang dapat surat polis". Ini situasinya. Kita tak boleh masuk ke kawasan hospital tapi percayalah apa yang diucapkan oleh saudara mara yang bekerja kat sana. "Menantu saya tak cuti haji...nak balik ke rumah saya pun saya tak bagi sebab dia nurse jaga pesakit Covid". Kata sahabat saya. Nak caya siapa lagi? Nak tunggu kita positif Covid baru percaya selepas kita dihantar ke pus...

Perniagaan Dan Janji

  Dalam perniagaan berjanji biar betul. Jika ada masalah berterus terang jangan sampai pelanggan bosan. Kelewatan menghantar akan membuat pelanggan tergendala kerja lain. 1.Hari ini saya ada dua temujanji. Satu janji semalam nak hantar gas tengahari ini. Sampai dah nak habis 'tengahari' tak muncul-muncul. 2. Staff servis penapis air janji pagi tadi semasa Sahur nak datang pagi. Saya berikan jam 9 pagi boleh ke? Dia tak jawab. Setelah bosan menunggu saya masej tanya waktu 'pagi' dah habis, dijawabnya lepas Zohor boleh ke? Ini dua contoh janji yang boleh membuat pelanggan bosan. Apabila pelanggan bosan maka poster yang diletakkan di batang pokok, tiang TNB tak boleh dipercayai lagi. Saya juga semasa bekerja dulu terlibat dengan janji setiap hari. Biasanya setengah jam awal akan tiba sebelum masa temujanji. Kalau tak dapat datang pada masanya saya akan hubungi bagitau lewat sikit. Biasalah kadang-kadang kereta atau motor buat hal. Istilah janji melayu wajib kita buang kera...