06 Mei 2021

Perniagaan Dan Janji

 Dalam perniagaan berjanji biar betul. Jika ada masalah berterus terang jangan sampai pelanggan bosan. Kelewatan menghantar akan membuat pelanggan tergendala kerja lain.

1.Hari ini saya ada dua temujanji. Satu janji semalam nak hantar gas tengahari ini. Sampai dah nak habis 'tengahari' tak muncul-muncul.
2. Staff servis penapis air janji pagi tadi semasa Sahur nak datang pagi. Saya berikan jam 9 pagi boleh ke? Dia tak jawab. Setelah bosan menunggu saya masej tanya waktu 'pagi' dah habis, dijawabnya lepas Zohor boleh ke?
Ini dua contoh janji yang boleh membuat pelanggan bosan. Apabila pelanggan bosan maka poster yang diletakkan di batang pokok, tiang TNB tak boleh dipercayai lagi.
Saya juga semasa bekerja dulu terlibat dengan janji setiap hari. Biasanya setengah jam awal akan tiba sebelum masa temujanji. Kalau tak dapat datang pada masanya saya akan hubungi bagitau lewat sikit. Biasalah kadang-kadang kereta atau motor buat hal. Istilah janji melayu wajib kita buang kerana kita ada melayu yang berjaya kerana menepati janji.
Bagi saya, janji adalah menjana wang. Tapi jauh di sudut agama janji melibatkan maruah dan pahala. Rasulullah SAW tak suka orang memungkiri janji.
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) - Laman web JAKIM
Saya ada seorang yang memberi perkhidmatan membaiki mesin basuh. Janjinya bagus. Kalau saya menghubungi beliau paling lewat satu jam dari Putrajaya dia akan sampai. Beliau tengok apa yang patut dan esoknya dia akan bawa alat ganti baharu. Banyak lagi contoh-contoh peniaga kecil yang bagus mutu perkhidmatan. Jika ditulis akan lebih panjang.

Tiada ulasan:

Cara-Cara Nak Keluar Masuk Wang Tabung Haji Dengan CIMB Click

  Sejak PKP 1.0 hingga 3.0 urusan nak keluar dan masuk wang ke Tabung Haji menjadi susah. Mana taknya berbaris satu hal, ada masanya TH tutu...