Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ibu

Ketika Bonda dan Ayahanda kembali ke Rahmatollah

Imej
Imeg: homefamilysite Kita mungkin tidak pernah menyerapkan satu perasaan kenapa ustaz-ustaz sering kali menyarankan anak menjadi imam ketika ibu atau ayah meninggal dunia. Begitu juga kita mungkin tidak pernah terfikir untuk menghayati cara-cara memandikan jenazah, terutamanya jenazah itu ibu atau ayah kita. Tanyalah kepada ustaz-ustaz apa yang mereka rasai ketika pertama kali melakukannya. Mungkin mereka tidak merasai apa-apa jika telah berpuluh atau beratus jenazah yang telah dimandikan atau di solatkan sebagai imam. Secara jujurnya saya ingin mengajak anda mempelajari kaedah memandikan, mengkafankan dan menjadi imam solat jenazah. Pergilah ke mana-mana kursus yang dianjurkan oleh masjid, surau, jabatan tempat kerja bagi mengetahui selok belok pengendalian jenazah. Tidak kira anda lelaki atau wanita bagi saya ilmu ini perlu dipelajari. Ibu kita tanpa memikirkan kesakitan yang teramat sangat untuk melahirkan kita. Ada ayah yang mampu membersih dan menanam uri hasil ke...

Anak-anak mengerti semuanya

Imej
Ini tidak lebih kisah sebuah keluarga saya. Saya mencatatkannya sebagai kenangan sebagai sebuah dairi tahun baru 2012. 31 Disember setiap tahun saya dan keluarga meraikan sambutan ulangtahun kelahiran puteri bongsu. Sambutan biasanya ala kadar tanpa kemeriahan seperti orang lain buat. Tiada kek harijadi dan seumpamanya kerana bagi saya sambutan itu bukan wajib yang mustahak ialah mengingati. Tahun ini lebih menarik kerana Nur Aqilah menyambut ulangtahun ke-17. Selalunya disebut swetseventen. Seperti biasa dia akan menerima ciuman ucap selamat daripada ibunya dan saya termasuk kakak-kakaknya. Aqilah tiada abang. Pukul 8 malam selepas bersolat Magrib di surau lebuhraya berhampiran tol Sungai Besi saya, isteri dan dua orang anak (yang sulung dan bongsu-anak kedua masih bekerja malam itu di Hotel Singgahsana Petaling Jaya) memandu masuk ke tempat letak kereta hotel Singgahsana. Isteri dan Aqilah tidak mengetahui langsung apa yang sedang saya lakonkan bersama puteri sulong (Nur Atiqah). S...