Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 2, 2021

Catatan 1: Keadaan PKP 3.0

Imej
Kesian saya tengok KP KKM dah setahun buat sidang akhbar membentangkan kes Covid-19. Dalam group macam2 video, audio keluar. Ada yang betul ada entah saya pun tak tahu. Anak buah seorang nurse hantar masej "kami dah letih Cik. ICU penuh, katil tak cukup". Takkan itu pun kita tak caya. Hari ini keluar untuk beli tiket bas untuk anak nak balik semula lepas raya ke tempat dia kursus tengok banyak kunter tiket ditutup. Anak balik dengan izin pengetuanya dan dapat surat polis. Bila saya tanya kepada pekerja kaunter tiket, tempahan bas macam mana? Katanya, "adalah juga yang beli sebab dia orang dapat surat polis". Ini situasinya. Kita tak boleh masuk ke kawasan hospital tapi percayalah apa yang diucapkan oleh saudara mara yang bekerja kat sana. "Menantu saya tak cuti haji...nak balik ke rumah saya pun saya tak bagi sebab dia nurse jaga pesakit Covid". Kata sahabat saya. Nak caya siapa lagi? Nak tunggu kita positif Covid baru percaya selepas kita dihantar ke pus

Perniagaan Dan Janji

  Dalam perniagaan berjanji biar betul. Jika ada masalah berterus terang jangan sampai pelanggan bosan. Kelewatan menghantar akan membuat pelanggan tergendala kerja lain. 1.Hari ini saya ada dua temujanji. Satu janji semalam nak hantar gas tengahari ini. Sampai dah nak habis 'tengahari' tak muncul-muncul. 2. Staff servis penapis air janji pagi tadi semasa Sahur nak datang pagi. Saya berikan jam 9 pagi boleh ke? Dia tak jawab. Setelah bosan menunggu saya masej tanya waktu 'pagi' dah habis, dijawabnya lepas Zohor boleh ke? Ini dua contoh janji yang boleh membuat pelanggan bosan. Apabila pelanggan bosan maka poster yang diletakkan di batang pokok, tiang TNB tak boleh dipercayai lagi. Saya juga semasa bekerja dulu terlibat dengan janji setiap hari. Biasanya setengah jam awal akan tiba sebelum masa temujanji. Kalau tak dapat datang pada masanya saya akan hubungi bagitau lewat sikit. Biasalah kadang-kadang kereta atau motor buat hal. Istilah janji melayu wajib kita buang kera

Redho Seorang Suami

  Saya menghubungi seorang sahabat yang baru kematian isteri sebelum bulan Ramadan. Lewat menelefonnya kerana tidak mahu mengganggu emosinya. Menjelang 1 Syawal saya fikir amat baik untuk menghubunginya yang saya anggap sudah anggap sebagai abang angkat. Allahuakbar emosinya tenang, bicaranya tenang bagaikan tiada berlaku peristiwa sedih. Perkataan reda kerap diulang-ulang dalam 'BICARA TANPA RENTAS SEMPADAN' itu. Bila saya sentuh kelebihan kematian arwah yang pernah menjaga ayah suaminya dan juga paksunya (mereka kawin sepupu) beliau akui kehebatan Allahyarham isterinya. Tepatlah sabda Nabi SAW dalam hadisnya "Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga”. (Riwayat at-Tirmizi katanya ini hadith Hasan). Maka sempena bulan yang mulia ini eloklah kita membina perwatakan yang dikehendaki oleh Islam. Mana tahu tahun ini kita menemui malam Lailatul Qadar dan Al