Catatan

Tunjukkan catatan dari April 25, 2021

Scammer Baharu Ke?

Imej
  Ada satu budaya baharukah apabila di dalam FB wujud individu menagih simpati dengan meminta wang untuk beli susu, pempers anak. Bila ditanya alasan Covid dan berpisah dengan suami. Bukan satu kes tapi sudah dua tiga. Logik saya kalau susah kenapa menggunukan FB dengan telefon pintar. Ayat dan modus operandynya sama. Saya mengesyaki ini penipuan kerana dalam.senarai rakan mereka tak ramai. Sama macam black scammer yang sering menghubungi saya. Pada hemat saya mereka sudah mengubah teknik dan tektik. Apabila mereka ditanya macam polis atau wartawan baru nama kita diblock Awas.

Nasihat Saya

Saya terus menulis setelah tamat sekolah menengah. Waktu itu ialah peralihan ejaan melayu lama.ke baharu. Agak sukar mengubah banyak ejaan lama.  Oleh kerana itu penulisan menjadi medan saya melatih diri bermesra dengan ejaan baharu selepas tamat sekolah. Saya mengarang Cherpen, sajak. Shahnon Ahmad yang lahir dari satu daerah dengan saya menjadi idola untuk mengarang cherpen, novel. Tongkat Waran menjadi ikutan ketika menghasilkan puisi. Beberapa tulisan saya berjaya menembusi corong radio RTM. Dapatlah sedikit wang sebagai saguhati. Chita-chita saya membara nak jadi penulis.  Namun 1979 mengubah landskap kehidupan saya apabila menjadi jurufoto. Pen dan pensil jarang saya guna ketika bertugas. Tapi pen yang agak mahal saya tetap selit di saku sebab saya masih minat identiti sebagai penulis.  Saya banyak menulis karya sastera di Utusan Malaysia, Watan. Sahabat saya Dato Badrol Ahmad (Allahyarham) mantan pengarang Utusan dan mantan YB Bangi banyak membantu.  Tapi kerjaya saya di UKM ter