Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 21, 2021

Pesakit Dialisis Wajib Tabah

Imej
  Pesakit Dialisis bukan bermakna dia berada di hujung hayat. Mesin pencuci darah adalah ikhtiar untuk sihat disamping berdoa agar Allah memudahkan urusan sepanjang usia yang masih ada. Apabila saya membuat dialisis sejak setahun lalu ada rakan-rakan yang bersimpati dengan mencadangkan berbagai ubat/suplement. Malah entah dedaun apa juga telah disyorkan. Beginilah untuk memahamkan kepada yang tidak merasainya. Doktor mengatakan bahawa tahap buah pinggang sudah rosak ialah apabila taraf Creatininie telah tinggi. Taraf normal ialah 55-115 umol/L. Jika berada pada paras lebih dari itu maka doktor sudah membuat pengawalan setiap 3 bulan. Kami akan dibuat ujian darah tiga bulan sekali. Paras Protin, Potosium, Urid Asid, gula, Hemogelobin, Sel darah putih. Banyak lagi jika nak disenaraikan. Oleh itu memakan entah apa-apa ubat atau suplement bukanlah penentu pesakit tidak perlu dialisis lagi. Malah resiko untuk dilebih parah akan terjadi. Bayangkan pemakanan kami diambil kira. Tak semua sayur