Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 17, 2021

Monolog

  Bonda, dulu ketika bonda disahkan ada Leukimia rekod derma darah anakanda membantu mengantikan darah bonda setiap kali masuk hospital. Ada waktunya hingga empat pek darah. Sekarang anakanda tidak dapat menderma lagi setelah 41 kali menderma. Darah anakanda dicuci tiga kali sehari. Anakanda tahu semua ini tanda Allah kasihkan kita.

PKP 2.0 Di Mana Peranan Kita?

Imej
  Jam 2 pagi terbaca status FaceBook sebuah NGO mencari dana pada bulan Mac 2020 ketika PKP 1.0. Katanya ada kalangan pekerja Indonesia dah kebuluran di Sg Ramal, Kajang. Selepas saya buat sumbangan, rakan saya yang mengurus NGO tersebut namanya haji Saiful Nang membalas Whatsap saya sekitar jam 2.30 pagi mengucap terima kasih. Beliau belum tidur manakala saya tak boleh tidur memikir ramai orang kebuluran semasa PKP 1.0. Kita tak mampu buat macam rakan saya atau ustaz Ebit Lew tapi kita boleh buat sumbangan kecil demi akhirat kita menerusi NGO bertauliah.

Saya Berjaya Keluar Dari Kemiskinan

Imej
Isteri penyokong kuat kerjaya saya Kenapa saya masih meneruskan kegilaan dalam bidang fotografi setelah bersara? Saya gila dunia dan lupa akhirat di usia emas? Saya pernah berkata kepada isteri biar saya mati sebagai karyawan foto. Mungkin isteri saya sudah lupa ungkapan itu. Saya berjaya merangkul anugerah ketika bekerja dulu dalam berbagai ketogeri. Tapi yang tak akan saya lupa ialah apabila berjaya mengubah kehidupan seorang ibu tunggal dari miskin menjadi senang. Saya tahu itu adalah secebis doanya. Arwah ibu pernah berkeras mahu saya masuk mengaji pondok kerana itu hasrat arwah ayah. Tapi saya tak mahu. Namun dengan rezeki yang saya ada saya berjaya ke Tanah Suci sebanyak 3 kali. Dapatlah saya buat badal umrah kepada mereka. Malah saya dalam proses membuat badal haji kepada ibu dan ayah namun atas faktor Covid-19 tujuan itu tertangguh. Saya berdoa musim tahun akan berjaya kerana segala bayaran telah diselesaikan. Sahabat, biar apa bidang yang kita ceburi fokus atau istiqamah amat

Akan Ada Noktahnya

Imej
Antara anak muda generasi baharu dalam bidang fotografi 1.Ketika usia 60 tahun secara rasmi saya bersara dari jawatan bergaji tetap. 2. Ketika usia masuk 62 tahun saya undur diri mengajar fotografi secara rasmi. 3. Selepas itu saya umumkan bersara dari dunia fotografi pada awal tahun 2020. Ada kebenarannya pertengahan Mac 2020 saya simpan kamera dalam beg hingga kini setelah hadirnya PKP. 4. Saya juga akan meninggalkan dunia penulisan web, blog, Ebook dan buku bercetak menjelang usia 65 Jika lebih awal maka itu atas faktor kesihatan iaitu mata dan ingatan. Saya mungkin akan meninggalkan kenangan buat kalian. Oleh itu kepada anak-anak muda jangan berputus asa dalam industri fotografi walaupun anda mengharunginya dengan penuh cabaran terutama ketika virus Covid-19 belum reda. Suka Komen Kongsi