Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Pusat Zakat Lemah

Imej
  Pusat Zakat di mana-mana negeri sering ditibai oleh netizen di dalam media sosial. Yang kena tibai pastinya pegawai-pegawai pusat zakat kerana ada individu yang gagal memperoleh bantuan zakat. Saya bawa beberapa kisah yang harus menjadikan kita berfikir untuk sejenak di hujung minggu ini. 1. Seorang pemandu Grab membawa saya pulang ke rumah dari pusat dialisis memandu Alfat. Katanya dapat duit pampasan beli kereta buat Grab. Saya tanya dia zakat bayar tak? Dia kata kena bayar ke? 2. Seorang pemandu Grab dengan bangga berkata kalau dia rajin kerja hingga jam 12 tengah malam sehari boleh dapat RM400 hingga RM600. Saya kata kat dia kena bayar zakat tu. Dia terpelahan keretanya. Mungkin terangkat minyak terkejut. 3. Berapa ramai yang membayar zakat pampasan, zakat KWSP setelah bersara. Setelah dibersarakan? 4. Di katil hospital seorang wanita Cina berkata kat saya "Melayu senang maaa...Dialisis zakat bayar ooooo". 5. Dua tahun ini saya setiap tiga kali seminggu selepas Subuh bu

Dua Tahun Di Pusat Dialisis

Imej
6 Disember 2021 yang lalu telah dua tahun saya hidup sebagai pesakit buah pinggang dengan rawatan Hemodialisis.  Keciwa? Sama sekali tidak. Alhamdulillah hingga kini saya masih diberi kekuatan semangat dengan sokonga isteri, anak2, menantu2, kakak yang dikasihi dan anak2 saudara yang memahami siapa saya. Malah dalam buku Travelog Haji  Antara Doa & Air Mata telah saya catatkan kisah perjuangan sebagai pesakit dialisis. Sejak empat bulan kebelakangan ini saya balik dari Dialisis nak Grab. Maka apabila pemandu Grab tahu saya balik buat Dialisis maka mereka ingin tahu apa puncanya. Anda tidak akan tahu anda sihat  buah pinggang jika tidak membuat ujian darah dan urin. Jika ada rasa sakit pinggang itu bukan lagi simptomnya. Kencing berbuih atau lebih teruk berdarah antara simptomnya. Badan penat dan lesu. Kerap kencing malam. Susah tidur malam. Terasa loya dan muntah ia adalah simptom2 buah pinggang anda telah berada di tahap 3 atau 4.  Pesakit darah tinggi, deabetis, goat antara yang

Wargamas Diabai?

Imej
  Sesekali kisah wargamas diabaikan muncul di media sosial. Adakah tuan/puan dalam group ini pernah membuat kajian pada wargamas. Setelah saya melepasi usia 60 dan bersara baru perasan dalam jiwa ada gangguan. Tambahan bagi yang kerap keluar masuk hospital Kita pernah lihat ramai wargamas ke hospital tanpa teman. Naik kerusi roda, bertongkat dan berbagai. Mujur zaman kini ada grap dan apabila mereka turun di hospital orang lihat macam anak yang hantar. Perkara ini terjadi bukan melayu sahaja..India, Cina juga ada. Misalnya waktu di hospital selama seminggu saya dapat lihat seorang pesakit diabaikan dan anak2 berbalah siapa nak jika dibawa balik. Akhirnya bapa mereka meninggal.jam 1 pagi dibelah katil saya. Masalah di rumah tak siapa tahu. Kekadang faktor kemiskinan. Faktor perceraian. Kalau macam kita yang pencen bulanan tak risau sangat. Saya tinggal di komuniti orang miskin. Ada yang kena kerja selepas usia 60. Bayangkanlah ada masa mereka macam menyindir saya orang senang. Ini group

Ulasan Buku Travelog Haji Antara Doa & Air Mata, Dua Tanah Suci yang dirindui ( Utusan Malaysia 20 Ogos 2021)

Imej
ENCIK mana boleh pergi buat haji. Nak bunuh diri ke di sana? Nanti jatuh sakit di sana macam mana nak tunai haji. Nak tunai haji sambil naik bas safari ke?". Kata-kata doktor pada 23 April 2019 berhubung penyakit buah pinggang seorang jurufoto, Abd. Raai Osman, seharusnya melemahkan semangatnya menunaikan ibadah haji. Namun sebaliknya bagi Abd. Raai. Setelah berfikir masak masak dan yakin mempunyai kekuatan, beliau dan isteri, Selamah Nekman membulatkan tekad tetap menunaikan rukun Islam kelima itu. Pengalaman mengerjakan haji selama 47 hari, tiga tahun lalu sebagai pesakit buah pinggang menjadi tunjang cerita dalam buku travelog bertajuk Antara Doa & Air Mata Dua Tanah Suci Yang Dirindui. Pengolahan buku tersebut seolah-olah pembaca menyelami sanubari Abd. Raai yang cekal menjalani ibadat itu, walaupun perlu berbelanja lebih demi menyempurnakan niat kepada amal. Meskipun banyak catatan pengalaman haji dibukukan, namun pengalaman melakukannya secara baik oleh pesakit didiagnos

Ibrahim Telah Kembali Ke Rahmatullah

Imej
Saya mengenali Allahyarham secara kebetulan tinggal setaman sejak tahun 1989. Petang-petang dia naik motosikal keluar ke masjid, surau atau ke mana yang ada jemaah tabligh. Oleh kerana rumah kami disusun mengikut bangsa, maka rumah Ibrahim berada di dalam kelompok India namun tidak jauh sangat dari rumah saya. Malah tinggal bercampur dengan berbangsa India tidak masalah bagi saya sebab sejak kecil sudah bercampur dengan mereka kerana ayah ibu pekerja estet. Gambar ikhsan: Md Soot Ahmad Kami berkawan lebih rapat setelah tahu Ibrahim adalah formen kereta. Saya sering menghantar servis dan baiki dengan Ibrahim. Hampir 80% arwah akan membaiki sendiri. Saya sekitar awal tahun 1990an menjalan aktiviti mengurut kaki (refleksologi) maka Ibrahim antara pelanggan saya. Selepas Isyak Ibrahim akan datang ke rumah untuk mengurut. Bermula di sinlah kami lebi rapat dan mengetahui bagaimana dia memeluk Islam. "Dulu saya belajar dengan seorang Melayu di Kajang macam mana mau ejust Tuning cara m

Kurangnya Minat Membaca Buku

Imej
  Setelah dua tahun saya tidak masuk kedai buku, semalam saya meluangkan masa setelah peluang merentas sempadan daerah berikan oleh kerajaan . Kebetulan hari bekerja maka pelanggan tidak seramai seperti dua tahun dulu. Tiada kanak-kanak di rak-rak buku kanak-kanak. Di rak buku-buku agama samada Al Quran dan buku bertemakan Islam juga kosong. Saya isteri dan anak bebas melihat dan meninjau mana-mana buku yang boleh dibeli. Pekerja kedai tersebut tidak ramai pekerja seperti sebelum ini. Adakah mereka diberhentikan atau dicuti tanpa gaji saya tak pasti. Bayangkan kedai yang terkenal dan besar seperti itu terkesan dengan Covid-19. Sudah berpuluh tahun azam saya agar buku tulisan saya tersenarai di kedai buku seumpama ini. Pernah saya mendengar mereka akan mengambil 50% keuntungan dari hasil jualan. Itu pun saya belum tahu berapa jumlah naskah yang wajib dicetak untuk mereka. Sebagai penulis tiada nama seperti saya sudah tentu tugasan menulis, mencari pasaran, kerja membawa ke kedai, promos

Covid-19: Jangan Lupakan Allah

Imej
Tiga tahun dulu saya rancang beberapa aktiviti untuk mengisi masa ketika bersara. Sebab lapan jam sehari saya akan dapat percuma selepas bersara dan kehidupan tiada ketua yang memerhati atau memberi arahan. Sesuatu di luar dugaan PKP diadakan oleh kerajaan. Rupa-rupanya PKP dan berbagai lagi istilah lebih hebat kongkongannya. Kebebasan terhad, malah kreativiti terbantut. Inovasi gagal dilaksanakan. Bagi saya yang tinggal dengan isteri dan seorang anak perlu memikirkan emosi antara satu dengan lain. Hubungan sesama suami dan isteri tiada masalah kerana usia kami masih boleh membantu mencari titik persamaan. Manakala hubungan dengan anak yang remaja agak berbeza kerana faktor usia dan protokol. Misalnya bab bergurau tetap ada adap antara ayah dan anak, anak dan ibu. Saya lihat faktor terbatas komunikasi membuat anak remaja jadi resah kerana halangan bekerja di pejabat. Jika ke pejabat dia ada rakan sebaya. Setahun setengah sudah berlalu dan saya fikir keadaan PKP tak mungkin banyak berub

Cara-Cara Nak Keluar Masuk Wang Tabung Haji Dengan CIMB Click

Imej
  Sejak PKP 1.0 hingga 3.0 urusan nak keluar dan masuk wang ke Tabung Haji menjadi susah. Mana taknya berbaris satu hal, ada masanya TH tutup. Masalah keselamatan pun satu hal lagi. Baik kali ini penulis nak bantu bagaimana mengeluar dan memasukkan wang tanpa pergi ke TH. Buat ka rumah saja. Saya tunjukkan cara menggunakan CIMB Click: 1. Setelah membuka laman web CIMB cari tulisan Tabung Haji dan klik kat tulisan itu. Jika pertama kali sila buat sambungan dengan CIMB terlebih dahulu. 2. Jika telah disambung cari tulisan Tabung Haji dan klik. Anda akan dapat melihat jumlah wang di TH. Dalam gambar di bawah saya hitamkan jumlahnya 3. Jika hendak pindahkan wang dari TH ke CIMB tekan kat tulisan Tabung Haji dan pilih wang itu nak dipindah ke mana. TH atau CIMB 4. Jika wang nak dipindahkan ke CIMB maka tekan butang CIMB akan jadi merah, Jika tekan butang Tabung Haji ia akan jadi merah. Nah sekarang urusan dengan Tabung Haji menjadi mudah tanpa pergi ke kaunter. Zaman Covid-19 adalah digalak

EBook: Kuasa Doa

Imej
 Sila klik  EBook Kuasa Doa

Pelastin: Apa Peranan Kita?

Imej
Setiap tahun di bulan Ramadan Israel akan menyerang Pelastin. Tahun 1442 H/2021 sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Umat Islam di luar negara Arab bagaimana? Tahukah Israel tetap ganas dan menang kerana Allah hendak mewujudkan para syuhadah di sana. Kita? Kita tak mampu menjadi seperti rakyat Pelasten.  Kita ada harta kita ada wang kenapa kita tidak gunakan membantu Pelastin. Ramai umat Islam yang masih belum boleh ke Tanah Suci buat haji atau umrah. Apa salahnya kita guna sebahagian wang itu untuk membantu mereka. Itu pun jihat. Banyak NGO yang membuat hebahan di media sosial. Pilih sahaja samada hendak bersedekah sebanyak 1 ribu ringgit atau hanya 10 ringgit.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1442H

Imej
 Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Mohon maaf kepada anda yang sering mengikuti blogs saya.

Catatan 2: Keadaan PKP 3.0

Imej
Teman kita ada dua hari lagi berpuasa. Selepas ini kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Ini kali kedua kita beraya tidak seperti biasa bertemu sanak saudara. Saya masih bersyukur kerana jangkaan saya tahun lepas adalah hari raya terakhir buat saya. Maklumlah sudah beberapa kali keluar masuk bilik bedah. Tebuk di kiri, tebuk di kanan. Beberapa kali juga tekanan darah naik lebih 200. Tapi syukur kerana nyawa saya milik Allah. Setakat hari ini angka kematian disebabkan oleh Covid-19 bertambah. Saya juga pernah diswap semasa masuk wad dan ada tanda-tanda batuk dan demam. Jangan kita buat lawak pasal Covid-19. Tak kena tak rasa. Tak rasa tak sakit. Bila sakit baru risau. Saya antara jutawan ayah dan atok yang terpaksa ikut SOP paling ketat. Kalau nurse kat Dialisis Center cakap apa saja kami ikut. Mereka dah macam anak-anak kami. Bak kata orang kalau kami jutawan dan tiada anak, mereka layak kami wasiatkan harta. Tapi tak semua kami kaya. Ada yang dapat bantuan pusat zakat ada yang Soc

Catatan 1: Keadaan PKP 3.0

Imej
Kesian saya tengok KP KKM dah setahun buat sidang akhbar membentangkan kes Covid-19. Dalam group macam2 video, audio keluar. Ada yang betul ada entah saya pun tak tahu. Anak buah seorang nurse hantar masej "kami dah letih Cik. ICU penuh, katil tak cukup". Takkan itu pun kita tak caya. Hari ini keluar untuk beli tiket bas untuk anak nak balik semula lepas raya ke tempat dia kursus tengok banyak kunter tiket ditutup. Anak balik dengan izin pengetuanya dan dapat surat polis. Bila saya tanya kepada pekerja kaunter tiket, tempahan bas macam mana? Katanya, "adalah juga yang beli sebab dia orang dapat surat polis". Ini situasinya. Kita tak boleh masuk ke kawasan hospital tapi percayalah apa yang diucapkan oleh saudara mara yang bekerja kat sana. "Menantu saya tak cuti haji...nak balik ke rumah saya pun saya tak bagi sebab dia nurse jaga pesakit Covid". Kata sahabat saya. Nak caya siapa lagi? Nak tunggu kita positif Covid baru percaya selepas kita dihantar ke pus