Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 2, 2020

Jangan Mudah Tertipu Dengan Scammer

Imej
Ketika membaca berita yang berbunyi "Seorang pesara ditipu oleh Scammer sebanyak RM60 ribu" saya merasa amat sedih. Kenapa terjadi begitu? Antaranya ialah; kurang cakna jenayah cyiber, kurang ambil peduli masalah sekitar, menganggap media sosial sebagai tidak penting. Sebelum wujud Face Book, Twitter, Instagram, Linkedin, Whatsap sudah ramai yang terkena dengan penjenayah cyiber menerusi email dan panggilan telefon bimbit atau telefon rumah. Kakak ipar saya sudah fobio jika telefon rumahnya berdering kerana 'pihak bank' sering mengubunginya yang mengatakan dia ada berhutang dengan bank tertentu. Sejak saya bersara dua tahun lalu, Scammer sering menelefon ke telefon talian tetap di rumah saya. Berbagai-bangai agensi mereka gunakan kaedah penipuan. Misalnya dari Jabatan Hasil Dalam Negeri, PDRM, JPJ, Pos Malaysia, Bank, Mahkamah dan sebagainya. Kaedahnya cukup licik dan menyakinkan. Viral mengenai penipuan mereka sering kali telah didedahkan dalam media cetak, media sos