Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 27, 2019

Selamatkah Bidang Kerjaya Kita?

Imej
Ada masa kerjaya kita nampak hebat. Oleh: Haji Abd Raai bin Osman. Ketika beberapa orang rakan saya kena 'buang kerja' terasa sedih juga mengenangkan nasib mereka. Ketika saya diberitahu tempat kerja anak saya akan ditutup terasa gelap juga mata mengenangkan masa depannya. Cuma selepas itu saya gembira kerana anak saya ditawarkan bekerja di pejabat induknya. Fenomena menutup beberapa agensi dan jabatan membuatkan saya terfikir data yang dikeluarkan mengatakan menjelang  2022, dianggarkan 133 juta jenis pekerjaan di dunia akan berubah menjadi pekerjaan baharu manakala 75 juta lagi akan pupus akibat perkembangan teknologi.  Hal ini tidak menghairankan kerana sejak saya bekerja 40 dulu, banyak jawatan-jawatan telah dijumudkan atau hapus. Malah dikalangan perancang kerjaya telah memikirkan nama-nama baharu kepada beberapa kerjaya dengan mengharapkan berlaku pekerja yang multitalskin.  Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) Wan Zulkfli Wan S