Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 24, 2017

Bilik LG104

Imej
Bilik LG104 mempunyai kisah tersendiri dalam sejarah kerjaya saya di UKM. Bilik LG104 adalah tempat saya mencari ilham dan rezeki sejak berpindah ke UKM Bangi pada April 1982 dari Jalan Universiti, Sekyen 16 Petaling Jaya, kampus sementara UKM. Saya berada di Bilik LG104 hingga Julai 2007 setelah naik pangkat di Penerbit UKM.  Kamarul yang menggantikan tempat saya pernah berkata, "berani abang Raai duduk kat situ sorang-sorang?", saya hanya tersenyum. Kerana pada saya ia adalah satu tanggungjawab yang besar sewaktu berada di Bilik LG104. Di situlah Bilik Gelap saya memproses filem dan gambar ketika era fotografi analog. Bilik LG104 jugalah adanya studio tempat saya merakam gambar semua hasil penyelidikan pelajar dan pensyarah.  Kata Kamarul ada orang nampak budak kecil berlari-lari kat kawasan itu, Hahah, tak pernah pula saya terjumpa budah-budak itu. "Abang tak pernah jumpa ke?". Saya masih mampu tersenyum bila kisah itu disampaikan oleh Kamarul. Di ma

Warkah Dari Hospital 1

Imej
Catatan 1: Ibadat dan doa Sekadar perkongsian betapa hampirnya Allah dengan hamba yang beribadat dan berdoa. Ketika saya dijangkiti kuman dan demam selama seminggu antibiotik telah diberikan oleh Doktor. Antibiotik paling kuat hinggakan cirit birit. Kesempatan diberikan oleh Allah ketika di wad saya mampu bangun solat 5 waktu dan solat sunat Tahajut, Taubat, Hajat, Witir. Disamping itu saya sering amalkan zikir Laila Hailahailla Anta Subhanakainniminalzolimin. Dikatakan jika diizinkan-Nya kita sembuh, sembuhlah. Sekiranya kita mati Allah akan ampunkan dosa.....Insyaallah.. Ada pesakit bukan Islam terkejut kerana genap seminggu, doktor benarkan saya pulang. "Cepat awak boleh balik". Saya hanya tersenyum tetapi dalam hati bersyukur kerana Allah sembuhkan saya. Inilah keutamaan solat, doa, zikir. Catatan 2: Hikmah maaf dan membayar hutang. 12 tengahmalam ketika saya bangun untuk ke bilik air wad (?) HCTM kelihatan satu keluarga sedang berk