Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 7, 2017

UKM rumah keduaku

Imej
UKM saya kenal namanya menerusi seorang guru, cikgu Yusof yang ditawarkan menuntut sekitar tahun 70an iaitu ketika UKM mula ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Semua anak muridnya berbangga bila dia mengumumkan nak masuk UKM. 1979 saya melangkahkan kaki masuk UKM untuk bertugas sebagai Jurufoto. Bermula dari situ saya telah menjadi seorang perakam sejarah sehingga hari ini. Menjelang sambutan ke-47 penubuhan UKM saya akan mencoretkan beberapa kenangan yang boleh dijadikan ikhbar kepada generasi baru UKM. Lebih-lebih lagi tahun ini adalah tahun terakhir saya berada di UKM sebagai warganya maka sudah tentu terlalu banyak peristiwa pahit manis dalam melihat sebuah universiti awam bangun dan tersohor di mata masyarakat. Ketika saya melaporkan diri di UKM kampus Bangi, keadaan kampusnya tidak seperti sekarang. UKM berada di dalam hutan. Bandar Baru Bangi tidak secanggih sekarang. Kalau sesiapa yang datang dari daerah Baling Grik, Sik, Gua Musang dia mesti berkata  " aah UKM