Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 26, 2017

Boleh jadi kayakah dengan hanya seringgit? (RM1.00)

Imej
Ramai tidak pernah memikirkan bersedekah (menderma) seringgit mampu menjadi kaya. Bunyinya pelik namun  jika itu rezeki kita pastinya akan menjadi kenyataan. Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”   H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a. (petikan https://rahsiasedekah.wordpress.com/bersedekah-menyebabkan-kita-kaya/ ). Sebab itulah ada orang tidak pernah berkira  untuk menggunakan harta bagi tujuan bersedekah. Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekur