Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 6, 2015

Dia pergi jua

5 November 2015.Ketika saya sedang membuat persiapan majlis perkahwinan puteri saya di Dewan Tun Abdullah Salleh UKM satu panggilan telefon diterima. Nikmat dalam nada sebak memaklumkan "....pakcik, ayah Mail dah tak ada dalam 5 minit tadi...." Jam ditangan menunjukkan pukul 10.57 malam. Selepas meletakkan telefon yang dibuat oleh menantu Ismail (adik ipar isteri saya) saya memejam mata dan membaca Fatihah kepada arwah yang sepatutnya menyambut ulangtahun kelahirannya ke-63 pada 1 Januari 2016 nanti. 5 Disember adalah tarikh kematiannya. Tarikh ini juga saya menerima menantu pertama di sebelah paginya. 6 Disember adalah hari kenduri walimatulurus puteri saya dan tarikh itu juga merupakan hari Ismail disemadikan. Menjadi sejarah juga ia adalah hari berkabung rakyat Johor setelah kemangkatan putera Duli Sultan Johor, YAM Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim Tunku Laksamana Johor. Paling terkesan kematian Ismail kerana mengidap barah paru-paru. Kematian tidak ada siapa