Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 29, 2014

Wabak Denggi

Kisah Denggi memang menyeramkan saya. Puteri saya telah mengidap Denggi hampir setahun lalu. Saya ketika itu diganggu resah kerana puteri kedua dimasukkan ke ICU Hospital Serdang, Selangor selama 4 hari 3 malam. Kisah itu telah saya catatkan di < sila klik > Pada hemat saya eloklah kita fikirkan kaedah pencegahan yang mampu dilakukan seperti telah sedia maklum sebelum ini seperti tidur dalam kelambu, sembur racun nyamuk, musnah tempat pebiakan dan sebagainya. Jangan buka pintu dan tingkap sekitar jam 5 petang hingga 8 malam. Jangan keluar rumah ketika hampir malam. Rasullah SAW sendiri dalam hadithnya melarang kita keluar ketika itu kerana ramai makhluk halus berkeliaran. Pastinya makhluk halus itu termasuk nyamuk Aedes! Jangan tidur selepas Asar. Selain dapat penyakit tidak siuman dan lemah fikiran ia juga ada kaitan dengan aktifnya nyamuk Aedes waktu itu. Jangan tidur selepas Subuh. Selain akan dapat penyakit malas, ia juga ada kaitan dengan kegiatan nyamuk Aedes. It

Kanak-Kanak dan Gambar

Imej
Seharusnya saya perlu menulis dalam halaman ini agar semua kita tahu dan menilai apa yang telah dan akan lalukan kepada seorang kanak-kanak. Saya bukan pakar undang-undang. Tetapi sejak bertugas di UKM  dan sering berada di beberapa majlis yang membicarakan soal undang-undang maka saya memahi sedikit sebanyak mengenai undang-undang. Untuk belajar undang-undang bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi dalam beberapa kes kita boleh memahaminya dari bahan-bahan bacaan yang terdapat di pasaran. Kanak-kanak adalah sumber kita untuk melegakan tekanan. Sebut sahaja kanak-kanak semua orang suka. Kalau orang sakit sahaja yang kurang berminat pada seorang kanak-kanak. Hinggakan orang kurang siuman pun meminati kanak-kanak. Tetapi tahukah kita ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa kerana tekanan hidup seseorang terutamanya keluarga terdekat. banyak kejadian salah laku sex, salah laku mendidik telah dilakukan oleh orang-orang yang terdekat dengannya. Maka sejak akhir-akhir ini munc