Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 27, 2009

Telah genap tiga belas tahun

Imej
Foto kiri: Pelajar Sesi 2009-2010 Kanan: Sesi 208-2009 Hari ini genap tiga belas tahun saya mengendalikan kursus Seni Foto Ko Kurikulum di UKM. Saya masih ingat ketika itu kursus ko kurikulum hanya diwajibkan kepada pelajar untuk memenuhi syarat pengijazahan. Tanpa lulus kursus ini mereka tidak akan dapat segulung ijazah. Setiap hari Rabu saya akan memulakan kuliah/simulasi bermula pukul 5 petang. Agak kelam kabut juga mengendalikan kuliah itu kerana ia akan bermula pukul 5 hingga 8 malam. Pukul 8 malam saya perlu menghantar anak ke kelas pengajian Quran sehingga pukul 9 malam. Syukur beberapa tahun kemudian UKM telah mengubah pengajian kursus ko kurikulum pada hari Sabtu. Justeru saya mengambil pukul 9 pagi hingga 12 tengahari. Rasanya pukul 9 pagi agak selesa. Namun pada waktu itu jadual bekerja kakitangan kerajaan Sabtu minggu pertama bekerja dan Sabtu minggu kedua tidak bekerja. Maka jikalau hari Sabtu cuti saya akan memulakan kuliah pukul 9 pagi, manakala Sabtu b

Sekali lagi! Bila lagi agaknya?

Kemalangan bas express yang melibat 10 orang terkorban di Ipoh mengejutkan Polis, Bomba, RELA, petugas hospital, wartawan. Sebenarnya lebih mengejutkan lagi ialah keluarga mangsa yang terlibat. Bagaimana dengan pemandu bas express? Kemalangan melibatkan nyawa seramai 10 orang bukan boleh dibuat main-main. Seorang pemandu yang hanya melanggar seekor ayam atau kucing boleh trauma seminggu. Inikan pula 10 orang. Sesiapa sahaja yang pernah bertemu bas perjalanan jauh di lebuhraya mungkin sering bertemu dengan pamandunya yang memandu laju. Maaf kepada yang tidak memandu begitu. Saya pernah memberi laluan kepada sebuah bas yang dipandu laju di belakang kereta saya. Saya pernah melihat sebuah bas membunyikan hon kepada sebuah kenderaan dilebuhraya sedangkan kereta tersebut memandu di lorong tengah. Saya pernah menaiki bas dari Guar Chempedak, Kedah pada suatu malam. Selepas bas tersebut mengambil penumpang di Sungai Petani, Kedah bas tersebut hanya berhenti rehat di R&R