Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 13, 2009

Di mana Nana

Dia sepatutnya menghadiri kuliah seorang Profesor pada pukul 11 pagi. Namun beliau datang berjumpa saya terlebih dahulu. Saya pasti perbualan saya tidak patut diketahui oleh orang lain maka saya membawa dia ke bilik seminar yang berdindingkan cermin. Nana (bukan nama sebenar) tidak hadir kuliah seni foto saya selama 10 kali dari 14 kali. Mengikut peraturan dia wajib saya halang daripada mengambil peperiksaan. Namun sikapnya yang masih menghormati saya dan datang mencurahkan masalah maka saya harus memberikan dia pertimbangan yang adil. Perbualan dimulakan dengan tenang. Namun lama kelamaan saya lihat air jenih bergenang di kelopak matanya. Matanya semakin bersinar kerana air itu. Nana menghadapi satu masalah yang besar. Saya agak hilang pertimbangan apabila dia memberitahu sesuatu yang sukar saya dengar. Saya mendengar pengakuan itu seolah dari seorang adik atau anak perempuan! Namun saya harus melayannya secara professional kerana saya staff universiti dan dia adalah pelajar

Hidayah yang syahdu

1 Muharram 1431 Kali terakhir saya dipertemukan dengan Ariff ialah semasa dia datang untuk menjemput ke majlis perkahiwinannya dengan seorang gadis dari Kelantan. Ariff memberitahu saya neneknya berpesan agar menjaga bakal isterinya baik-baik. Saya teringat Ariff sempena Maal Hijrah 1431. Kisah beliau sudah lama ingin dicatatkan dimana-mana terutama setelah terbinanya blog ini.Namun ketika itu keadaan Ariff belum stabil maka saya biarkan sahaja. Kenapa Ariff yang harus saya catatkan kisahnya? Kisahnya bermula kira-kira lima tahun lalu ketika cuti pertengahan semester. Dia pelajar saya untuk kursus seni foto. Kekeliruan timbul apabila saya membuat semakan daftar nama pelajar ketika musim peperiksaan.Nama di dalam slip peperiksaan lain dan nama dalam daftar kehadiran tidak sama. Akhirnya semasa semester kedua dibuka semula, Ariff memberitahu saya nama sebenarnya seperti di dalam slip peperiksaan. Manakala dalam daftar kehadiran adalah nama Islamnya. Saya harus mera

Boria dan Dikir Barat

Imej
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan. (wikipedia). Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang