Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 6, 2009

Permainan Warisan

Imej
Laga Ayam memerlukan tenaga untuk menumbangkan lawan dengan hanya sebelah kaki. Anda pernah dengar permainan seperti Galah Panjang, Laga Ayam (bukan melagakan ayam jantan tau...), Rebut Negeri, Ketinting, Leret Rim Basikal, Ketuk Keli/Konda Kondi, Tating Lawi, Selambut, Lompat Untai Gelang Getah dan banyak lagi. Demikianlah antara senarai permainan yang telah dipersembahkan di Temasya Sukan Warisan sempena Festival kebudayaan IPTA. Semalam selama lebih kurang empat jam pelajar-pelajar IPTA telah menyertai sukan-sukan tersebut.  Saya telah ditanya oleh salah seorang pelajar yang mengambil bahagian permainan Ketuk Keli/Konda Kondi, "permainan abad keberapa ?". Jawab saya mudah sahaja "setahu saya pada tahun 1960an saya dah pernah main Konda Kondi!". Pelajar tersebut ketawa. Permainan Ketinting juga memerlukan tenaga untuk membuat imbangan badan. "Wau lama tu, saya rasa nak bagi emak saya main ", balas pelajar itu. Jawab

Tak kenal maka tak cinta

Imej
Sejak 3 Disember saya berulang alik dari Bangi ke Pandamaran,Klang kerana bertugas membuat liputan Kejohanan Kriket Undangan Vesiti Asia. Memandu ke Klang dari Bangi sejauh 120 km pergi dan balik bukanlah satu perkara yang menarik tambahan saya perlu membayar tol RM 18.60 pergi balik. Namun inilah hakikat tanggungjawab maka semua itu saya abaikan. Tambahan hujan turun seawal pukul 4 pagi membuatkan perjalanan ke Klang menghadapi sedikit kesulitan kerana jalan licin. Kriket. Satu sukan baru bagi saya untuk dirakamkan. Saya buta dari segi permainannya. Undang-undang atau peraturannya saya masih kabur. Justeru diawal tugasan membuatkan saya 'boring' kerana permainan hampir sama sepanjang 5 atau 6 jam berlangsung! Namun satu suntikan baru telah diperolehi apabila seorang pemandu UKM menerangkan kepada saya serba sedikit perjalanan kejohanan itu. Akhirnya pada 4 Disember saya diberikan sedikit ilmu oleh Mohd Asraf, Penolong Pengurus pasukan UKM. Akhirnya pad