Catatan

Tunjukkan catatan dari September 20, 2009

Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009M

Imej
Penguatkuasaan undang-undang mampu menghalang pemandu yang degil. Kenderaan berat adalah raja di lebuhraya? Isteri dan Kakak Ipar menziarahi pusara bonda mereka Kakak Ipar (bertudung merah) bersama keluarga saya Ayam Golek Razi Kluang Seperti tahun –tahun sebelum ini saya merayakan Hari Raya Aidilfitri di Muar. Beraya di rumah kakak ipar yang sulung seperti beraya di rumah ibu ayah sendiri kerana rumahnya tiada siapa. Dia tidak mempunyai anak setelah berkahwin sepuluh tahun dengan arwah Haji Yusof. Saya adalah adik ipar yang akan berada di rumahnya setiap malam raya. Rahmat Allah katakan, tahun ini kakak ipar saya sihat dan dapatlah dia pergi bersolat Hari Raya Aidilfitri dan menziarahi pusara ayah dan bondanya. Isteri saya sering berkata, “Kak Longlah penganti Mak”. Di malam raya kami tidak banyak memasak juadah raya kerana hari raya pertama saya dan keluarga perlu ke Kluang. Di Kluang saya pada lazimnya akan bermalam selama dua malam di rumah kakak di Kampung Seri Tambak, Jalan Mers