Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 3, 2009

Catatan Hari Ibu

Sila klik di sini Hari Ibu

Hari Ibu.....

Imej
Gambar hanya hiasan-oleh Raai Hari Ibu 10 bulan Mei. Apakah kerana untuk mengingati ibu kita harus mengadakan Hari Ibu? Pada saya jika untuk mengingati ibu dengan cara mengadakan hari Ibu itu lebih baik dari pada langsung tak ingat ibu. Jangan marahkan orang menyambut Hari Ibu kerana ada orang menyambut Hari Kekasih bagaikan nak "rak". Takkan lah nak sambut Hari Ibu tak boleh. Yalah, kalau anda setiap hari menyambut Hari Ibu tahniah! Tapi bagaimana anda yang jauh setiap hari anda SMS Ibu, atau lebih hebat telefon ibu? Saya lebih suka andainya kalau di Hari Ibu semua anak-anak yang masih ada ibu balik berjumpa ibu macam balik hari raya! Atau pada malam Hari Ibu penuh sesak dengan anak-anak dan ibu di mana-mana tempat makan, hotel, restoran, gerai atau di mana sahaja. Kebetulan Hari Ibu tahun ini (10 Mei 2009) jatuh pada hari Ahad. Namun saya tidak melihat lebuhraya ke selatan tanahair penuh sesak (atau jem) seperti hari-hari perayaan lain. Apakah orang yang ada ibu

Hari Sabtu buat saya

Saya pernah merasai bekerja hari Sabtu semenjak bertugas di UKM bermula tahun 1979. Kemudian ada dua versi, Sabtu bekerja dan ada Sabtu bercuti. Kini Setiap hari Sabtu semua pejabat kerajaan diutup. Namun jika kuliah sedang berlangsung di mana-mana universiti dan khususunya di UKM saya tidak pernah merasai cuti pada hari Sabtu. Saya harus berada di bilik kuliah BSL114H kerana mengendalikan kursus Seni Foto HK1131,1141 dan 1143. Bagi saya bertugas pada hari Sabtu bukanlah pelik. Malahan saya menjadi kurang selesa jikalau pagi Sabtu berada di rumah. Andai ada apa-apa program keluarga saya hanya akan melunaskan selepas jam 12 tengahari. Bukan bermakna saya abaikan program keluarga. Namun andai terdapat kejadian kecemasan saya masih dibolehkan menunda kuliah. Walaupun saya hanya pensyarah sambilan mengendalikan kursus ini tapi harus ingat, saya perlu mematuhi semua peraturan akademik di UKM. Pada 2 mei lalu peperiksaan teori telah berlalu keputusan sudah pun saya capai. Siapa dapat A, na

Tanggungjawab yang berat

Semalam 2 April 2009 telah selesai saya mengendalikan peperiksaan Seni Foto. Saya sedang membuat penyemakkan kertas-kertas jawapan sebanyak 34 semuanya. Bukan mudah, dan bukan boleh dibuat main-main. Ini tanggungjawab yang besar, berat dalam menentukan keadilan kepada 34 orang pelajar saya. Namun andainya mereka berlaku adil dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar selama 14 minggu (14 kuliah) lalu maka sudah tentu keputusan yang saya buat sudah tentu adilkan?