Catatan

Tunjukkan catatan dari April 1, 2007

Fotografi: Kerjaya dan hobi dalam Kehidupan saya

Jika menceritakan cita-cita rasanya semuanya bermula ketika di bangku sekolah. Kita mempunyai ramai idola dalam kehidupan masing-masing. Zaman 50,60 dan 70an kita tidak ramai idola dalam masyarakat. Kalau ada pun petugas seperti guru, polis,askar, posmen merupakan penjawat awam yang biasa kita temui setiap hari. Kita belum ramai doktor, peguam,jurutera,akitek,profesor, dan sebagainya. Minat untuk menjadi menteri dan wakil rakyat belum timbul. Minat untuk menjadi usahawan belum termimpi. Ayah pernah bertanya semasa saya mengikutinya ke kebun getah; nak jadi apa bila besar? Jawab saya; posmen. Ayah tanya lagi polis? Saya jawab tak mau!!!.Kenapa?; tanya ayah. Garang; jawab saya. Maaf tuan polis!! Saya memang takut polis. Sebab itulah suatu hari bila lalu depan balai polis Sungai Petani, dekat pagar keretapi saya berhenti lama. Ayah tanya kenapa? Saya kata takut polis. Kenapa takut? Saya jawab, ni haaa senapang kat tangan nanti polis tangkap. Ayah tersenyum; Aaah kan itu senapang mainan, m