Catatan

Ibrahim Telah Kembali Ke Rahmatullah

Imej
Saya mengenali Allahyarham secara kebetulan tinggal setaman sejak tahun 1989. Petang-petang dia naik motosikal keluar ke masjid, surau atau ke mana yang ada jemaah tabligh. Oleh kerana rumah kami disusun mengikut bangsa, maka rumah Ibrahim berada di dalam kelompok India namun tidak jauh sangat dari rumah saya. Malah tinggal bercampur dengan berbangsa India tidak masalah bagi saya sebab sejak kecil sudah bercampur dengan mereka kerana ayah ibu pekerja estet. Gambar ikhsan: Md Soot Ahmad Kami berkawan lebih rapat setelah tahu Ibrahim adalah formen kereta. Saya sering menghantar servis dan baiki dengan Ibrahim. Hampir 80% arwah akan membaiki sendiri. Saya sekitar awal tahun 1990an menjalan aktiviti mengurut kaki (refleksologi) maka Ibrahim antara pelanggan saya. Selepas Isyak Ibrahim akan datang ke rumah untuk mengurut. Bermula di sinlah kami lebi rapat dan mengetahui bagaimana dia memeluk Islam. "Dulu saya belajar dengan seorang Melayu di Kajang macam mana mau ejust Tuning cara m...

Kurangnya Minat Membaca Buku

Imej
  Setelah dua tahun saya tidak masuk kedai buku, semalam saya meluangkan masa setelah peluang merentas sempadan daerah berikan oleh kerajaan . Kebetulan hari bekerja maka pelanggan tidak seramai seperti dua tahun dulu. Tiada kanak-kanak di rak-rak buku kanak-kanak. Di rak buku-buku agama samada Al Quran dan buku bertemakan Islam juga kosong. Saya isteri dan anak bebas melihat dan meninjau mana-mana buku yang boleh dibeli. Pekerja kedai tersebut tidak ramai pekerja seperti sebelum ini. Adakah mereka diberhentikan atau dicuti tanpa gaji saya tak pasti. Bayangkan kedai yang terkenal dan besar seperti itu terkesan dengan Covid-19. Sudah berpuluh tahun azam saya agar buku tulisan saya tersenarai di kedai buku seumpama ini. Pernah saya mendengar mereka akan mengambil 50% keuntungan dari hasil jualan. Itu pun saya belum tahu berapa jumlah naskah yang wajib dicetak untuk mereka. Sebagai penulis tiada nama seperti saya sudah tentu tugasan menulis, mencari pasaran, kerja membawa ke kedai, pr...

Covid-19: Jangan Lupakan Allah

Imej
Tiga tahun dulu saya rancang beberapa aktiviti untuk mengisi masa ketika bersara. Sebab lapan jam sehari saya akan dapat percuma selepas bersara dan kehidupan tiada ketua yang memerhati atau memberi arahan. Sesuatu di luar dugaan PKP diadakan oleh kerajaan. Rupa-rupanya PKP dan berbagai lagi istilah lebih hebat kongkongannya. Kebebasan terhad, malah kreativiti terbantut. Inovasi gagal dilaksanakan. Bagi saya yang tinggal dengan isteri dan seorang anak perlu memikirkan emosi antara satu dengan lain. Hubungan sesama suami dan isteri tiada masalah kerana usia kami masih boleh membantu mencari titik persamaan. Manakala hubungan dengan anak yang remaja agak berbeza kerana faktor usia dan protokol. Misalnya bab bergurau tetap ada adap antara ayah dan anak, anak dan ibu. Saya lihat faktor terbatas komunikasi membuat anak remaja jadi resah kerana halangan bekerja di pejabat. Jika ke pejabat dia ada rakan sebaya. Setahun setengah sudah berlalu dan saya fikir keadaan PKP tak mungkin banyak berub...

Cara-Cara Nak Keluar Masuk Wang Tabung Haji Dengan CIMB Click

Imej
  Sejak PKP 1.0 hingga 3.0 urusan nak keluar dan masuk wang ke Tabung Haji menjadi susah. Mana taknya berbaris satu hal, ada masanya TH tutup. Masalah keselamatan pun satu hal lagi. Baik kali ini penulis nak bantu bagaimana mengeluar dan memasukkan wang tanpa pergi ke TH. Buat ka rumah saja. Saya tunjukkan cara menggunakan CIMB Click: 1. Setelah membuka laman web CIMB cari tulisan Tabung Haji dan klik kat tulisan itu. Jika pertama kali sila buat sambungan dengan CIMB terlebih dahulu. 2. Jika telah disambung cari tulisan Tabung Haji dan klik. Anda akan dapat melihat jumlah wang di TH. Dalam gambar di bawah saya hitamkan jumlahnya 3. Jika hendak pindahkan wang dari TH ke CIMB tekan kat tulisan Tabung Haji dan pilih wang itu nak dipindah ke mana. TH atau CIMB 4. Jika wang nak dipindahkan ke CIMB maka tekan butang CIMB akan jadi merah, Jika tekan butang Tabung Haji ia akan jadi merah. Nah sekarang urusan dengan Tabung Haji menjadi mudah tanpa pergi ke kaunter. Zaman Covid-19 adalah dig...

EBook: Kuasa Doa

Imej
 Sila klik  EBook Kuasa Doa

Pelastin: Apa Peranan Kita?

Imej
Setiap tahun di bulan Ramadan Israel akan menyerang Pelastin. Tahun 1442 H/2021 sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Umat Islam di luar negara Arab bagaimana? Tahukah Israel tetap ganas dan menang kerana Allah hendak mewujudkan para syuhadah di sana. Kita? Kita tak mampu menjadi seperti rakyat Pelasten.  Kita ada harta kita ada wang kenapa kita tidak gunakan membantu Pelastin. Ramai umat Islam yang masih belum boleh ke Tanah Suci buat haji atau umrah. Apa salahnya kita guna sebahagian wang itu untuk membantu mereka. Itu pun jihat. Banyak NGO yang membuat hebahan di media sosial. Pilih sahaja samada hendak bersedekah sebanyak 1 ribu ringgit atau hanya 10 ringgit.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1442H

Imej
 Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Mohon maaf kepada anda yang sering mengikuti blogs saya.