Catatan

Tunjukkan catatan dari 2023

Genap Empat Tahun Sebagai Pesakit Buah Pinggang

Imej
  Foto: Sumber Google Terima kasih tidak terucap kepada rakan-rakan FB yang saya kenal dan tidak. Kalian pilihan Allah untuk memberi sokongan untuk saya.  Saya tidak menjangka dapat berada di dunia ini selepas 4 tahun setelah saya menandatangan borang dialisis  yang doktor beri..."Dialisis seumur hidup". Saya berada dalam kelompok insan-insan terpilih oleh Allah. Setiap tiga kali seminggu kami bertemu untuk empat jam membersih darah dan kumbuhan.  Sepanjang 4 tahun keluar masuk hospital adalah lumrah. Ia cabaran buat diri sendiri dan keluarga. Paling sedih Acik Mah (isteri)  yang 24 jam bersama saya. Dia insan pilihan Allah buat saya dan jika semasa muda saya abaikan dia sudah tentu satu penyesalan akan terjadi. Saya akui sakit menyuci dosa. Tapi kepada orang lain saya tak sanggup nak sebut hal ini. Amat terasa jika ini disampaikan kepada pesakit.  Pesan saya kepada rakan senasib dengan saya kuatkan semangat. Banyakkan berdoa. Baca Quran. Bermaafan. Bersedekah. Fokus kepada a

Jom Lawat Kedai Saya

 Berminat hendak tempah buku tulisan saya?  Sila lawat https://shp.ee/ptphseu

Takdir Allah

Imej
  Jika anda membaca status saya tentang hubungan anak, isteri, suadara mara bukan bermaksud saya ada masalah dengan mereka. Mereka tiada masalah tapi saya menghayati masalah ini ketika berada di klinik, wad dan seumpamanya. Ada ibu ayah ketika di katil hospital sepenuhnya diuruskan oleh petugas wad baik urusan membersih bahagian bawah dan sebagainya. Ada pesakit sebelah katil saya menjadi pertikaian antara keluarga sehinggalah jam 1 pagi meninggal ketika saya terjaga. Ada pesakit yang sedang dibedah tapi keluarga berkampung di luar bilik bedah. Bayangkan perasaan mereka menghadapi suasana ini , Ada pesakit menunggu pengesahan bayaran sebelum dibedah. Oleh itu jika hari ini jika ada dalam keluarga yang sedang menderita sakit ziarahilah mereka. Hulurkan tangan mana tahu kita ada dosa dan mereka juga ada dosa. Tahukah kita dengan ada keluarga yang sakit ia adalah sumber kita memperolehi pahala? Semoga dengan ziarah itu ada ubat yang mujarab buat mereka. Terutamanya buat ibu atau ayah. Gam

Ketika Kita Sakit

  Aturan hidup bukan daripada kita. Semua Allah yang tentukan, kita hanya berdoa dan berusaha,... Ketika kita tua kita biasanya akan bersama isteri atau suami. Itu pun jika Allah nak uji kita akan pergi dulu atau pasangan kita pergi dulu tanpa boleh buat pilihan. Sebab itu jika ada yang setia itu bonus kita. Kita mahu ada anak bersama kita. Tidak ,meraka ada pilihan sebab joldoh mereka Allah yang aturkan. Jangan sedih jika mereka berjauhan kerana ikut pasangan. Tahukah kita ada anak-anak yang masih belum ada jodoh. Mungkin Allah telah takdirkan dia adalah anak yang akan jaga kita ketika sakit. Jangan mengeluh pada takdir, semuanya adalah keindahan rahmat-Nya. Latihlah diri agar sentiasa memakbulkan doa kita.

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Imej
Bilik Bedah: Itulah papan tanda yang mengerikan bagi seorang pesakit selain Bilik Mayat! Saya di bawah masuk oleh petugas bilik bedah untuk kali keenam dan kali kedua tahun ini. Ketika masuk suasana bilik bedah sudah jadi biasa walaupun peralatannya jarang diketahui umum. Ini adalah kesekian kali saya akan dibedah tanpa tidur sepenuhnya (bius). Kali ini melibatkan organ jantung. Jika buat BayPass pasti tidur sepenuhnya. Jam sudah 2.30 petang ini bermakna saya sudah puasa 14 jam 30 minit sejak tengahmalam tadi. "Ok tuan saya akan bius" kata doktor dituruti sakit di bahagian celah paha. Tidak lama lepas itu terasa darah mengalir dan saya pasti proses bedah telah bermula. Terasa doktor memasukkan tiub untuk proses Angeogram. Doktor kepada saya selepas itu saluran tuan tersumbut 100%. Sebelum itu 96%. Oh saya beristiqfar. "Baik tuan saya akan Drill selepas masuk bellon". Apa yang saya rasa? Terasalah sedikit sengal di dada. Pastinya di saluran jantung. Takut? Sudah pas

Selepas Lima Tahun Kita Bersara

Imej
| Kesihatan Dan Wang Selepas Bersara | Setelah Anda Bersara | K etika sampai tarikh bersara kita akan melahirkan rasa syukur tidak terhingga. Tidak kisah kita bersara sebagai penjawat awam atau swasta. Malah ada juga usahawan akan mengambil keputusan bersara apabila tiba masanya. Dalam artikel ini saya ingin menyentuh bersara sebagai penjawat awam dan swasta. Dengan kata lain anda bersara sebagai kakitangan yang makan gaji. Persaraan yang kita ketahui pada masa kini tidak wujud sehingga lebih kurang 200 tahun dahulu. Sebelum Zaman Perindustrian bermula di Eropah dalam tahun 1700an. -@Azizi Ali, Buku Pesara Jutawan. Di Malaysia kini menjadi trend apabila ada kakitangan wam yang bersara awal sebelum sampai tarikh bersara wajib (option). Ada kakitangan yang bersara ketika usia 55 tahun, 58 tahun. Malah ada yang lebih awal. Lebih-lebih lagi jika kakitangan awam telah mencapai tempuh perkhidmatan selama 30 tahun.  Mereka akan memperolehi jumlah pencen bulan sebanyak 60% dari gaji terakhir.

Selamat Berangkat Abang Mad

Imej
  Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarham abang ipar saya. Dialah abang ipar dan dia juga bagai abang sejak dari tahun 1965. Sejak 2020 saya dan keluarga tidak dapat beraya dengannya dan kujungan hujung minggu lepas adalah yang terakhir. Berpeluang saya menjadi Imam solat jenazahnya dan berpeluang membaca Al-Quran sebelum beliau dihantar untuk dikebumikan. Pada asasnya jurang umur jauh (79 dan saya 65) maka ketegasan sebagai abang semasa kecil amat memberi menafaat buat saya. Sebagai guru mengajar Quran, saya bersyukur di hari kematiannya Al Quranlah berkumandang di sisi jenazahnya yang dibaca oleh anak cucunnya. Kita bagaimana meletakkan Al Quran dalam hudup ini?? °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Aisyah r.a bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ada orang yang akan dikumpulkan bersama para syuhada?" Beliau bersabda, "Ya, ada. Iaitu orang yang ingat mati sebanyak d

Catatan Buat Abang Ipar Saya

Imej
Dia telah pergi dalam usia 79 tahun. Saya kenali arwah sejak kecil dan berkahwin dengan kakak saya Timah ketika lagu Oh Fatimah sedang popular. Di usia emasnya beliau rajin belajar Al Quran dengan beberapa orang Qari di Johor. Semangat Qari kebangsaan Haji smail Hashim dan sepupunya Haji Abdul Ghani Abdullah menghasilkan beliau mahir membaca Al Quran dan menjadi guru Quran dan mengajar anak-anak kakitangan penjara Kluang berhampiran kampungnya di Kluang. Arwah tidak bersekolah tinggi.

Kami Sebenarnya Berada Di Hujung Usia,

Imej
Masa bagi kami bukan bersuka ria, Kami hadir sekadar menggamit nostalgia, Berjabat salam tanda rindu adanya, Bertegur sapa ada kala terlupa nama, Kami dulu hebat dan muda-muda belaka, Kini ada yang datang bertongkat dan berkerusi roda, Inilah kami yang dulu membangunkan universiti tercinta, Jika kami pergi kelak hanya bakti yang dibawa, Jangan lupa memahatkan nama kami dalam hati anda. Raai Osman, Bangi 11 Mei 2023.

Bone Marrow

Imej
Syukur Alhamdulillah semalam 7Feb saya telah selamat melalui pembedahan kecil bagi mengambil darah pada sum-sum tulang dan mengeluarkan isi sum-sum tulang.  Sumber gambar: Google Ia   disebut Bone Marrow yang mana bertujuan mengkaji sel darah putih saya kenapa rendah. 31 tahun dulu arwah ibu saya pernah lalui prosider ini dan saya dibayangi *metos* maut selepas proses itu. Syukur ketika itu saya rujuk dengan @⁨Hajjah Mimi Nora⁩ yang pernah bertugas di Patologi.  Semalam saya lalui dengan izin Allah berjaya dan tak mememikirkan metos dan doktor pakar berpuashati. Tahniah HCTM 👇

Tasik Beris, Sik

Imej
 Sekitar tahun 1972 satu kerja menguji tanah telah dilakukan oleh sebuah syarikat bagi mengenal pasti samada kampung Sungai Batang mempunyai petrolium, emas, bijih. Pak Lang Pa (Jaafar) menjadikan rumahnya sebagai station pekerja. Segala peralatan diletakkan di rumahnya beliau. Manakala beliau sendiri bertindak sebagai pekerja. Kerja-kerja 'memboring' tanah dilakukan tanpa ada unsur-unsur bantahan oleh penduduk setempat. Saya sering berhenti di rumah Pak Lang Pa ketika balik mandi di sungai. Kisah kerja menguji tanah tinggal kenangan cuma saya masih ingat kata Pak Lang Pa "kalau jumpa emas orang kampung jadi kaya..." Saya masa itu tak berapa faham sangat maksud dia. Orang kampung hidup macam biasa. Musim padi menanam padi, musim menuai mak menuai padi. Sekitar tahun 1990an tiba-tiba saya dikejutkan dengan berita Sungai Batang akan dijadikan tasik. Terdapat rombongan datang ke KL bertemu Perdana Menteri Tun Mahathir. Saya dan sahabat Kamaludin Ismail ikut serta. M