Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 3, 2022

Fahami Pakej Haji

Imej
 Saya ingin memahamkan pakej haji. 1. Jemaah Muassasah. Diuruskan 100 % oleh Tabung Haji. Kos mengikut yang TH anjurkan sekitar 12 ribu selepas subsidi. 100% diuruskan oleh TH bermula dari Malaysia hingga ke Mekkah dan Madinah.  Hotel jauh sikit sekitar 1 KM atau lebih. Makan secara pek hanya dua kali sehari. Begitu juga di Mina perjalanan ke Jamrah sekitar 7KM pergi balik dari Mu'assir. Tapi semua jemaah redho... 2. Pakej (THTS atau swasta) yang mana agensinya mendapat lesen daripada TH. Malah surat tawaran dikeluarkan oleh TH dan wang tunai haji sekitar RM12 ribu tadi tetap dibayar oleh jemaah haji.  Jika pakej itu mengenakan kos misalnya RM40 ribu maka kos lebihan adalah milik agensi untuk kos kapal terbang, pengangkutan dari airport ke hotel, ke Madinah atau Mekkah, lawatan, makan dan minum tiga kali sehari. Hotel sekitar 50~300 meter. Di Mina, khemah ke Jamrah sekitar dua KM pergi balik. Jika pergi secara pakej, jemaah perlu mendaftar nama dengan TH terlebih dahulu. Hanya nama