Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 19, 2022

Lihatlah Dunia Ini Masih Indah

Imej
  1. Seorang lelaki Cina menolak kerusi roda dengan tenaga yang minimum masuk ke bilik doktor. Seorang doktor muda memegang daun pintu agar memudahkan lelaki Cina itu menolak isterinya. Rasanya semasa muda lelaki ini bukan sebarangan orang sebab fasih berbahasa Inggeris. 2. Seorang wanita muda memberi laluan kepada seorang wanita wargamas. Wanita muda ini kemudian menolak kerusi roda wanita itu walaupun dia bukan ibunya. "Anak pergi sekolah ada urusan" itu dailog wanita wargamas itu kepada wanita muda tadi. 3. Di satu sudut saya lihat seorang wanita Indonesia membantu menyuap makanan kepada seorang wanita. Layanannya bagai seorang anak kepada seorang ibu. 4. Di lobi hospital seorang anak muda menurunkan kerusi roda dan kemudian seorang wanita bertongkat menaiki kereta roda letrik menuju ke klinik seorang diri. Sudah pasti anak muda tadi adalah pemandu Grab. 5. Saya menyusuri lorong ada masa sesak ada masa legang. Sekarang saya pakai tongkat agar orang lain perasan saya seoran