Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 30, 2022

KL dan Aku

 Aku berjalan menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jalan mulai sibuk waktu kerana orang sedang balik kerja.Itulah jalan menuju ke rumah sewa di Kampung Kolam Air (kampung setinggan) berhampiran Sekolah Seri Putri. Ketika itu Kuala Lumpur masih tenang walaupun sudah ada lorong-lorong hanyir yang terkenal di Jalan Haji Husain. Kadang-kadang kesian aku tengok ada wanita separuh abad duduk di kerusi di belakang rumah kedai yang kemudiannya baru aku tahu mereka menunggu pelanggan!  Berhampiran show room Tan Chong Motor sering kelihatan Jefry Din menunggu bas mini untuk balik ke rumah. Biasanya aku tak kisah dia sebab masa tu beliau penyanyi yang sedang meletop. Ada masanya aku akan singgap di pejabat Varia Pop berjumpa sahabat jurufoto di situ. Azaham Brado (arwah) akan melayanku. Nasib baik dapat berjumpa Mama Jui, seorang wartawan dan juga penulis lirik.  Setiap Sabtu aku akan naik pejabat akhbar Watan jumpa Ghani Osman. Hantar artikel, cerpen.  "U dah tahu Halim dibawa polis?".