Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 16, 2022

Ijazah Tidak Diiktiraf?

Oleh: Prof Emeratus Dr Bohari Yamin  (Mantan Prof FST UKM) Ada Yang Minta pandangan saya tentang viral bekas PhD UPM Dari Palestine Yang katanya  degreenya tidak diiktiraf Europa untuk bekerja Di Sana. Soal pengiktirafan ni soal sesuatu negara juga. Malaysia juga tidak mengiktiraf beberapa universiti Di Japan Dan negara lain begitu juga sebaliknya. Pelajar saya yang Ada master memperoleh biasiswa Mumbusho Di Osaka universiti diminta mula dgn sarjana Dan selepas 4 tahun lebih selesai PhDnya.  Beberapa student master saya sambung PhD ke Cambridge Dan Australia tiada masalah kerana mereka tahu sistem Kita. Beberapa lulusan PhD saya dari Iran Dan Libya Dapat kerja di Australia Dan Canada. Mereka lihat CV juga. Ramai PhD Yang dihasilkan UPM Dan Univ lain menunjukkan ramai Yang Mohon masuk kerana mereka minat setelah membuat penilaian   sendiri   ISU Tak Dapat kerja atau visa itu Ada banyak sebab. Kita juga ramai PhD YG masih Cari kerja lulusan Tokyo Univ Pula tu. Harus berusaha terus. Dari

Kecoh pasal RFID

Imej
  RFID adalah benda baharu buat saya. Ia kelihatan canggih tapi macam memaksa pengguna untuk membelinya. 1.Harganya mahal bagi secalit pelastik yang mempunyai code. 2. Paling hebat jika terkoyak atau dikoyak ianya kena ditukar lain dengan kos yang mahal. 3. Resiko lain jika membasuh kereta rasanya tak semua pekerja tahu pelastik ini mahal harganya. 4. Andai ada kereta lebih dari satu maka kena ada lebih juga. 5.Saya bersetuju jika nak lakukan perubahan biarkan ada tempuh percubaan yang lama. Macam SmartTag sebelum ini tak semua lorong ada. 6. Bagi pengguna yang jarang2 masuk tol rasanya RFID ini bukan satu barang perlu dan terlalu tinggi darjatnya. Membazir. Sebenarnya nak menuju negara maju bukan semua yang hebat nak digunakan. Kita ada kad kredit, maydebit, Ewallet dan banyak lagi tapi tak semua orang mampu dan nak guna. Berniaga ni nak ambil duit orang, jangan paksa orang sudahlah. Banyak lagi keperluan yang kita tak pernah mampu dan cukup. #plus #rfid #tol