Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 9, 2022

Fikir Sejenak

Imej
Ikhtibar perkembangan semasa berkaitan kerjaya, hobi dan pendidikan. Empat tahun dulu saya bersara dari kerjaya sebagai Jurufoto disamping itu tiga tahun kemudian saya bersara sebagai pengajar sambilan. Lebih 38 tahun saya mengejar kejayaan dalam bidang saya. Saya belajar dan belajar. Ada yang melibatkan kursus dalam perkhidmatan, kursus online, rangkaian kawan-kawan yang sama bidang. Paling saya tak tinggal ialah membaca buku. Seorang tokoh pendidikan dan pakar ekonomi, mantan Naib Canselor UKM, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali dalam setiap ucapannya menyentuh mengenai multitaskil. Saya masih ingat kata-kata beliau suatu masa bilik2 kuliah tidak akan digunakan lagi.  Saya setuju tapi ada orang tidak bersetuju. Tapi lebih sepuluh tahun sebelum itu saya sudah terlibat sebagai pengunaan Online. Saya bangunkan album online, saya aktif dengan FaceBook, Twitter, Blog, laman web, UTube, Instagram, Linkind dan banyak lagi. Sepuluh tahun sebelum saya bersara, saya ajar rakan2 karyawan fo