Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 17, 2021

Ulasan Buku Travelog Haji Antara Doa & Air Mata, Dua Tanah Suci yang dirindui ( Utusan Malaysia 20 Ogos 2021)

Imej
ENCIK mana boleh pergi buat haji. Nak bunuh diri ke di sana? Nanti jatuh sakit di sana macam mana nak tunai haji. Nak tunai haji sambil naik bas safari ke?". Kata-kata doktor pada 23 April 2019 berhubung penyakit buah pinggang seorang jurufoto, Abd. Raai Osman, seharusnya melemahkan semangatnya menunaikan ibadah haji. Namun sebaliknya bagi Abd. Raai. Setelah berfikir masak masak dan yakin mempunyai kekuatan, beliau dan isteri, Selamah Nekman membulatkan tekad tetap menunaikan rukun Islam kelima itu. Pengalaman mengerjakan haji selama 47 hari, tiga tahun lalu sebagai pesakit buah pinggang menjadi tunjang cerita dalam buku travelog bertajuk Antara Doa & Air Mata Dua Tanah Suci Yang Dirindui. Pengolahan buku tersebut seolah-olah pembaca menyelami sanubari Abd. Raai yang cekal menjalani ibadat itu, walaupun perlu berbelanja lebih demi menyempurnakan niat kepada amal. Meskipun banyak catatan pengalaman haji dibukukan, namun pengalaman melakukannya secara baik oleh pesakit didiagnos