Catatan

Tunjukkan catatan dari April 18, 2021

Khidmat Pelanggan

  Situasi Pertama: Di kaunter penghantaran pos laju yang besar. Saya dan isteri nak hantar barang kat anak di Terenganu. Saffnya bertanya dah isi Aps ke? Saya kata belum. Dia pun tunjuk code Aps syarikatnya yang ada kat kaunter. Saya pun scan. Ada masalah dan dia minta masuk ke laman web. Setelah masuk 'dengan penuh sopan' staff itu menyuruh saya isteri beredar ke tempat lain. Kami sebagai wargamas malas nak membantah terpaksa akur. Untuk menahan marah kerana berpuasa saya beredar dari bangunan itu. Merajuk. Situasi Kedua: Selepas merajuk dengan keadaan di pejabat penghantaran terkenal itu, kami ke sebuah tempat penghantaran laju yang terkenal juga. Setelah membuat scan My Sejahtera kami beratur kerana tempat itu kecil dan hanya membenarkan 3 orang sekali masuk. Seorang staff wanita muda menyapa saya dan bertanya nak hantar barang apa. Saya kata ada makanan, keperluan diri dan Al Quran. Staff itu kata Quran tak boleh. Saya pun mengoyak kotak dan mengeluarkan Al Quran. Kemudian