Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 24, 2021

Fotografi: Ada Keinsafan Dan Hidayah

Imej
  Kenapa saya berpegang pada fahaman di dalam fotografi ada peluang berdakwah? Ketika merakam gambar jika kita sudah boleh mengelak unsur-unsur sexy ia sudah satu kejayaan pada prinsip kita walaupun orang barat menggunakan sexy sebagai subjek penting mereka. Bayangkan ketika kita merakam gambar haiwan atau serangga kita akan faham habitatnya. Misalnya ulat gonggok jika mengawan memakan masa antara 3 hingga 6 jam! Lihat saja semut apabila kita merakam gambarnya kita akan yakin bahawa ia berkomunikasi sesamanya dan ia dikaitkan dengan kisah nabi Sulaiman yang memahami apa yang diucapkan oleh semut dan haiwan lain. Fahamlah kita ada makhluk yang dicipta daripada cahaya yang mampu mengganggu manusia. Sedangkan fotografi dicipta dengan konsep lukisan cahaya. Justeru tidak hairan jika fotografi juga boleh menggugat iman dan akal manusia. Bayangkan kita boleh jumpa sungai yang wujud di bawah tanah. Rujuk gambar. Fotografi ada kaitan dengan sains dan teknologi. Maka kamera bukan segala-galanya