Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 10, 2021

Adap Di Media Sosial

Imej
  Ada individu yang menggunakan Telegram untuk kempen program yang dia sertai. Apabila saya kata terima kasih dan tak dapat sertai di usia emas ini dan memerlukan masa untuk hari-hari tua boleh dia tulis "Useless". Kalau dia bermotivasi tinggi janganlah tulis sampai lupa nak tanya latarbelakang saya. Mungkinkah usia saya sama dengan usia ayah, pakcik atau atok dia. Saya tak mahu serlahkan siapa saya 100% kelak dikatakan riak pula. Hidup ini bukan wang dan harta sahaja ukuran kebahagian. Bagi orang muda ya, kekayaan adalah perlumbaan anda. Bagi wargamas jarak antara kubur dan dunia lebih difikirkan.

Covid-19 + PKP 2.0 + Darurat

Imej
Bulan November 2019 apabila di China berlaku wabak Covid kita buat macam-macam teori, antaranya kerana mereka makan yang bukan-bukan. Ketika Covid mula masuk ke Malaysia pintu antarabangsa masih dibuka dan pelancong keluar masuk. Ahh kita kata tak apa biarkan demi ekonomi. 18 Mac 2020 PKP di seluruh negara. Semua orang termangu, terkedu dan macam-macam lagi. Masa itu kita kata apa? Pasukan perubatan kita kuat. Pasukan polis kita masih boleh kawal. Lepas itu kita minta askar jaga sekali termasuk Rela, Bomba dan Pertahanan Awam. Apabila anak yang kerja hospital tak balik rumah kita kena jaga cucu maka baru kita tahu Covid-19 ni bukan calang-calang. Masjid dan surau buat jarak satu meter kita jadi nak marah. Tapi atas titah Sultan kita takut nak engkar. Mujur ada sultan kalau tak habis alim ulama kita bedal. Bulan Ramadan kita tak boleh bertarawikh kat masjid dan surau masih boleh senyum lagi sebab kita pun bukan kaki masjid sangat pun.... Hari raya Aidilfitri tidak dapat balik kampung da

Siapa sangka PKP boleh datang lagi

Imej
  1. Jika dulu mak kata bila nak balik? Kita jawab saya sibuklah mak 2. Jika dulu isteri kata jom ikut beli barang dapur. Kita abang sibuk. 3. Jika dulu azan berbunyi di masjid/surau kita kata, solat berjemaah dengan isteri pun boleh. 4. Jika dulu tok guru mengajar di masjid/surau kita kata ustaz tu tak ada tauliah, ustaz tu tak sama fahaman politik. 5. Jika dulu abang atau sesiapa sakit kita kata tungu dia meninggal akan pergi mandikan, solatkan kebumikan dan talkinkan. 6. Jika dulu masa kerja kita mengular nah sekarang bukan mengular lagi tapi dah jadi ular sawa. 7. Jika dulu isteri kata jom pergi umrah kita kata nanti pergi haji terus sebab umrah hanya sunat. 8. Jika dulu orang tanya bila nak pergi haji, kita kata tunggu pencen. 9. Setelah PKP datang lagi setelah darurat pula tu kalau kita mati memang tak ramai yang akan ziarah atau solatkan. Maaf ini keinsafan diri sendiri.