Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 13, 2020

Warkah Dari Hospital 5

Imej
  Sahabat, siapa yang mahu sakit? Saya pun begitu juga semasa muda dulu cukup gerun dengan penyakit jantung, barah, diabetes, leukimia. Arwah ayah saya diabetes, arwah mak saya leukimia. Isteri saya ada penyakit, biar saya rahsiakan sebab itu hak peribadi beliau yang tak elok saya ceritakan kecuali saya yang ingin berterus terang supaya menjadi panduan orang lain. Ramai orang fikir saya tak jaga kesihatan sebab tu saya sakit. Maaf sahabat penyakit ini anugerah Allah. Kita harus reda dan bersyukur jika sudah berpenyakit jangan menyusahkan orang lain. Kita yakin semua yng hidup akan mati. Sebab itu kisah seorang pemuda meminta di hantar ke India oleh nabi Sulaiman dengan mengunakan kuasa angin. Ketika itu nabi Suliaman ternampak wajah malaikat maut. Setelah sampai di India, pemuda itu meninggal dunia. Fahamlah nabi Sulaiman bahawa pemuda itu telah tiba hari kematiannya (rujuk kitab Imam Al Qutubi 'Rahsia Kematian'.) Kita hargai jasa petugas perubatan yang merawat kita namun kita