Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 6, 2020

Warkah Dari Hospital 4

  erima kasih dan syabas kepada KKM dengan SOP Covid yang dilaksanakan di tempat awam dan di hospital. Kasihan juga melihat petugas yang bertegas dengan pesakit degil nak melanggar garisan zon larangan. Kita harap jika ada yang dimasukkan ke zon saringan bersabar dan patuh segala peraturan. Kepada waris sebaik-baiknya usah datang ziarah resiko amat tinggi. Bayangkan petugas wajib pakai baju khas jika nak masuk ke zon khas. Bayang selepas dia periksa orang lain dan datang periksa kita pula. Paling menyeramkan dan sedih apabila pesakit yang seiring di Swap dengan kita dan dapat keputusan kemudian disurung dengan troli Covid. Apakah itu perjalanan terakhirnya? Allahuakbar. Semuanya takdir Allah.

Warkah Dari Hospital 3

  Renungan Sahabat mari saya kongsi pengalaman di hospital kali ini. Entah kesepuluh atau kelimabelas saya menghuni di wad-wad hospital ini, saya sudah lupa. Menghuni di wad umpama berada di pinggir Alam Barzah. Wang yang banyak di bank tiada makna pun. Kalau bawa pun makanan hospital sahaja yang kita makan. Petugas wad bersikap baik kerana mereka bertugas untuk kita. Tapi apabila mereka nak cucuk jarum, nak bedah tanpa belas kasihan mereka akan buat. Itu tugas mereka. Jika petugas Islam sudah pasti ada juga bacaan Bismillah. Itu manusia yang ada sifat kesihan belas. Malaikat Maut bagaimana? Kadang kala kita yang akan dibius sedang menderita melawan emosi, petugas masih bersembang macam biasa sebab sudah tentu mereka stress bekerja. Tambahan di zaman Covid mereka berdepan dengan resiko cukup tinggi. Belum lagi ragam pesakit ada yang masih degil ketika sedang dikuarantin. Walapun sebenarnya masuk hospital bukan bermakna kita akan mati tapi mati itu pasti datang. Apa yang kita kena buat

Warkah Dari Hospital 2

Assalamualiakum. Hari ini saya sihat sedikit dan boleh buka mata setelah dimasukkan antibiotik dua botol. Ujian swap Covid saya negetif. Namun pengalaman disaring di wad khas amat menyedihkan. Keluarga tak boleh berjumpa. Petugas wad begitu berhati-hati dengan pakiaan khas. Doktor hanya buat temuramah menerusi telefon. Saya telah diberitahu jika positif akan ditempatkan di Sungai Buloh sehingga sembuh. Saya telah berpesan kepada keluarga andai tak kembàli, semalam adalah pertemuan kami yang terakhir. Oleh itu diharap tuan/puan dapat mematuhi SOP. Terima kasih petugas barisan hadapan di HCTM,/ PPUKM. Anda hero. Pada hemat saya apabila kebenaran rentas negeri dibenarkan namun waspadalah kerana rata-rata pesakit yang disaring berusia 60 tahun ke atas. Mereka cukup lemah dan menyedihkan. Allah memberikan gambaran jelas kepada saya bahawa jika dijangkiti Covid cukup menyiksakan. Belum lagi kira ambil kira soal emosi yang cukup tertekan. Allah mendengar doa kita. Terima kasih doa tuan/puan.