Catatan

Tunjukkan catatan dari November 15, 2020

Kursus Fotografi Online 01/2020

Pada hari Khamis 26 November 2020 Jam 10 pagi hingga 11 pagi saya akan mengadakan kursus asas fotografi online bagi penggemar fotografi yang baru ingin menceburi bidang ini. Saya akan membincangkan topik fotografi berdasarkan pengalaman sejak 1979 di Universiti Kebangsaan Malaysia.  Saya berpengalaman selama 21 tahun mengajar fotografi di UKM. Penyertaan kursus adalah percuma dan peserta digalakkan membeli EBook Seni Foto dengan harga RM10 sahaja.   Sila emel kepada saya untuk saya kirimkan code online. Emel saya ialah roraai212@gmail.com Penyertaan tidak lebih dari 20 orang sahaja. Nota: Telah selesai

Selamatkan Harimau Belang

Imej
Sekitar jam 5 pagi di tahun 1973 bunyi tembakan senapang bergema di kampung saya. Oleh kerana kampung terletak berhampiran banjaran Titiwangsa maka anggapan tembakan dari senjata askar atau komunis adalah satu andaian pantas bagi seorang pemuda kampung. Tak lama selepas itu berita mengenai seekor Pak Belang telah tumpas di tangan seorang penembak penduduk kampung saya. Dia menjadi hero kerana berjaya menumpaskan seekor harimau belang. Kemunculan seekor harimau belang membaham mangsanya seekor kerbau jantan menjadi viral sebelum itu. Mengikut tabiatnya harimau akan kembali menjamu selera selepas menumbangkan mangsanya. Yalah seekor kerbau bukannya kecil. Tambahan untuk menjamu selera bagi hanya seekor harimau. Selepas tumbang macam pesta sebab penduduk berduyun-duyun pergi melihat Pak Belang yang sudah tidak bernyawa. Malah ada yang bawa balik dagingnya untuk dimakan sebagai ubat lelah dan ubat-ubat lain. Ada yang membawa balik gigi taring dan berbagai lagi. Lebai-lebai dan haji yang me

Kisah Wang KWSP/EPF: Sekadar Renungan

Imej
Pada tahun 1969 ayah saya meninggal dunia dan entah siapa yang tolong urus sebab saya masih berusia 11 tahun. Mak pergi dapatkan pengesahan Tok Penghulu dan tak lama arwah dapatlah sekitar RM500. Kemungkinan urusan pengeluaran ini dibantu oleh pihak ketiga maka heboh juga mak jadi 'janda kaya' hinggakan jam 11 malam orang datang nak pinjam untuk buat sunat anaknya. Tapi jawab mak cukup fist class, "duit ada tapi kat pejabat pos". Masa tu belum wujud Bank Simpanan Nasional. Ketika nak ambil SPM semasa dalam tingkatan 4, emak minta saya tolong uruskan keluarkan KWSP mak yang belum diambil lagi. Dengan tulisan tangan saya guna kemahiran mengarang surat hasil belajar kat sekolah. Pengeluarannya berjaya dikeluarkan tanpa sesiapa tahu kecuali saya. Itulah hasil simpanan mak dan ayah semasa jadi pekerja estet. Tapi mak saya penjimatnya orangnya. Jika duit dah jadi 50 ringgit jangan harap nak digunakan. Kalau duit seratus lagilah dipegangnya erat-erat. Saya kata mak kedekut m