Catatan

Tunjukkan catatan dari November 8, 2020

Sedutan Ucapan Takziah Buat Radzuan Ghazali

Imej
 Saya terhenti menyaipkan buku Memoir Seorang Jurufoto sepanjang hari semalam setelah menerima berita pulangnya ke Rahmatollah seorang sahabat iaitu Radzuan Ghazali. Sila klik Radzuan Ghazali Dalam Kenangan untuk membaca lebih lanjut. Sehingga hari ini telah ada 327 Like, 142 Komen dan ucapan doa serta 4 perkongsian di FaceBook saya setelah berita berpulangnya ke Rahmatullah Radzuan Ghazali. Kebanyakan yang membuat komen adalah warga UKM, pesara dan warga media yang sering berurusan dengan Allahyarham. Malah ada menghubungi saya menerusi telefon dan Whatsap. Inilah kelebihan media sosial di saat kita menghadapi wabak Covid-19. Kerana SOP PKPB maka ada yang tidak dapat hadir ke majlis pengkebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi, Selangor. Catatan ini tidak banyak yang menyentuh tentang Allahyarham tetapi saya ini menurunkan beberapa kerana komen dai FaceBook milik saya. Rata-rata mereka terkejut dan bersedih.

Radzuan Ghazali Dalam Kenangan

Imej
  Radzuan Ghazali satu nama yang tidak asing lagi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pegawai Media yang bertugas di Pusat Komunikasi Korporat UKM. Pagi ini saya menerima berita agak lewat selepas solat Subuh bahawa beliau telah meninggal dunia sekitar jam 12 tengahmalam tadi di Hospital Serdang, Selangor kerana serangan jantung. Rakan-rakan media perdana TV Radio dan akhbar pasti mengenali Allahyarham sebagai pegawai media yang mesra dan suka bergurau. Bagi saya yang pernah bekerja sepejabat dengan beliau memang banyak kenangan manis terutamanya apabila kami ke luar kawasan. Pernah bermalam sebilik walaupun kalau ikut kelayakan beliau tidur di bilik asing. Kemesraan bermula ketika bertugas di Bukit Fraser. Kemudian kami pernah ke Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kebetulan ketika beliau masuk kerja di PRO nama PKK sebelum ini, isteri saya sepejabat dengan Allahyarham Bagi warga UKM yang sering menganjurkan majlis seperti seminar, persidangan pasti biasa berurusan dengan Al