Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 24, 2020

Pengalaman Berpuasa Sebagai Pesakit Buah Pinggang

Imej
Sekadar menyentuh Puasa dan Pesakit Kronik. Sebelum datangnya bulan Ramadan saya sudah membuat sedkit soal selidik dengan pesakit yang dah lama (ada yang dah 11tahun) menjalani rawatan Dialisis. Mereka kata ikut kemampuan. Nurse di pusat Dialisis juga memberi panduan, misalnya jika berlaku komplikasi semasa proses cuci darah dilakukan elok berbuka. Pendapat ilmuan agama Islam juga dirujuk yang mengatakan bahawa boleh tidak berpuasa jika memudaratkan. Justeru,  pendekatan diambil memulakan  berpuasa dengan berdoa kepada Allah agar diberi perlindungan serta mengharapkan puasa-puasa terdahulu dapat memberi kekuatan kepada jiwa dan fizikal kepada saya. Alhamdulillah dengan 'Power of Doa' saya dapat meneruskan puasa sepanjang bulan Ramadan lepas tanpa sebarang gangguan walaupun saya sudah membuat congak bahawa kemungkinan saya akan meninggalkan puasa sebanyak 12 kali. Allah memudahkan proses rawatan Dialisis bermula seawal jam 6.30 pagi di mana baharu sahaja bersahor kir