Catatan

Tunjukkan catatan dari April 12, 2020

Cabaran Kita Ketika Corona Covid-19

Imej
Ketika Perdana Menteri  Yang Amat Berhormat   Tan Sri   Dato'   (Dr)   Haji   Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) seluruh Malaysia pada 16 Mac 2020 ramai rakyat merasakan satu kejutan yang tidak diduga. Namun bagi warganet PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 itu tidak mengejutkan sangat kerana beberapa hari sebelum telah tular mengenai PKP ini cuma mereka tidak jelas bentuk PKP yang akan dilaksanakan. Akhirnya pada 18 Mac 2020 bermulalah PKP yang meminta agar semua rakyat tidak keluar dari rumah. Bukan sekadar tidak keluar rumah malah rakyat tidak dibenarkan pergi bekerja dan menjalankan aktiviti perniagaan. Beberapa perkhidmatan dibenarkan menjalankan operasi  seperti operasi pos, bank, pasaraya, kedai 24 jam seperti KFC, Mac Donald,Eleven, kedai-kedai runcit.  Rakyat digalakkan bekerja dari rumah atau jika perlu ke pejabat hendaklah menunjukkan surat kebenaran ketua jabatan.   Mungkin menjadi panik, beberapa hari sebelum