Catatan

Tunjukkan catatan dari April 5, 2020

Corona Covid-19-Anda Masih Bertuah

Imej
Kita tidak pasti musim haji 1441h ada atau tidak. Seawal jam 5.50 pagi saya akan keluar rumah untuk menuju ke Pusat Homeodialisis bertempat di Kompleks Daimond Bandar Baru Bangi. Ketika Perintah Kawalan Perjalanaan Fasa Kedua, Majlis Keselamatan Negara menetapkan hanya seorang sahaja berada di dalam kenderaan persendirian dan bermula jam 6 pagi baru boleh berada di atas jalan raya. Saya kena patuh arahan itu dan saya memandulah seorang diri untuk ke pusat dialisis. Saya masih mampu memandu kerana tidaklah seuzur orang lain.   Bandar Baru Bangi sunyi seperti berada di tahun 1980an. Tidak banyak kenderaan seperti sebelum PKP berlangsung. Pemergian saya ke pusat dialisis antara dua kemungkinan, balik atau tidak. Kemungkinan ini kerana saya tergolong dalam kumpulan pesakit kronik. Malah, sebelum ini saya melihat ramai pesakit yang terkena jangkitan Covid-19 dan meninggal dunia adalah pesakit kronik yang ada Diabetes, Darah Tinggi dan Pesakit Buah Pinggang. From: Air Time

Setelah Fasa Kedua PKP?

Saya ada 4 temujanji kat HCTM/PPUKM yang ditunda ke tarikh selepas 14 April. Jika esok PM umum tambahan PKP sudah pasti ditunda lagi 😥 Kepada yang masih degil dok keluar rumah dengan berbagai urusan tak mustahak bagilah kerjasama pada arahan PKP agar tidak menjejaskan urusan orang-orang macam kami. Memanglah takdir itu hak Allah tapi kalau saya mati sudah pasti kau orang sedih tak dapat ziarah sayakan?  😥 Sekarang kau orang masih sihat oklah tak ingat dunia langsung.  😡

Corona Virus-19

Semasa masih bertugas sejak tahun 1979 selama 27 tahun saya diberi tugas merakam gambar yang berkaitan penyelidikan sains. Banyak gambar yang berkaitan kuman yang saya terlibat. (Nak tulis istilah kat sini kuatir salah sebab ramai senarai rakan FB bertaraf Profesor  😁 ). Percayalah ada pelajar yang tidak prihatin dia orang tak bagitau kat saya alga yang dibawa merbahaya atau tidak. Akhirnya saya kena minta mereka jelaskan dalam borang tugasan spesimen yang dibawa bahaya atau ti dak. Pernah sekali jari saya dijangkiti kulat. Puas berubat di klinik baru sembuh. Segala macam virus atau bakteria yang dirakam oleh kami (dalam kes ada rakan lain merakam guna mikroskop dan Elektron Mikroskop) menghasilkan imej cukup cantik. Tapi bahayanya kepada manusia Allah saja yang tahu. Sekarang apabila dok tengok gambar virus Corona Covid-19 memang cantik dari sudut fotografi. Namun.....bahayanya Allahukabar. Kecilnya tak nampak oleh mata kasar. Datangnya sukar dirasa. Oleh itu langkah penc