Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 29, 2020

Hari Ini Tamat Fasa Pertama Sekatan Perjalanan

Imej
Hari ini adalah hari terakhir kita di fasa pertama PKP. Semua orang sedang diuji dari Perdana Menteri hingga rakyat paling bawah tarafnya. Kalau nak dikatakan hilang semangat hampir semua telah hilang semangat. Mana tidaknya terkurung dalam tempuh yang lama. Kita tak pernah terduga kali ini akan wujud satu wabak paling hebat dalam sejarah dunia. Sekecil virus Corona Covid-19 telah menggegarkan hati semua manusia. Dalam Islam kita telah diperingatkan akan kiamat yang wujud. Yakjuj & Makjut akan wujud. Di mana keimanan kita ketika mendengar semua itu? Kisah Israk & Mikraj yang terdapat banyak siri peristiwanya antara Nabi Muhamad SAW dengan malaikat Jibril. Tahun ini kita tak dapat mengadakan siri kuliah mengenai Israk & Maikraj kerana Virus-19, masjid ditutup agar wabak ini tidak menjadi lebih serius. Saya dan jutaan orang diuji. Adakah kita harus melihat sahaja masalah ini. Adakah kita boleh hanya berkata "aahh masalah virus hanya masalah orang bandar. Bi

Setelah Dua Minggu Sekatan Perjalanan

Imej
Hari ini hampir genap dua minggu kita menjalani Sekatan Perjalanan. Tidak dapat dinafikan kebosanan telah mencengkam dalam jiwa-jiwa yang terlibat termasuk saya. Seorang mantan Profesor mengirim masej kepada saya, Asaha Bulkahfi terkurung dalam gua lebih 300 tahun. Malah Rasulullah di sekat dari kegiatan dakwah baginda oleh musuhnya agak lama sehinggakan makanan hampir habis. Malah ada pihak musuh yang bersimpati telah curi-curi menghantar makanan kepada Rasullullah dan sahabat yang lain. Kita pernah dengar kisah Banda Acheh musnah dan ratusan ribu manusia terkorban. Malah kita pernah alami banjir besar di Johor dan Kelantan. Saya pernah terlibat melihat kesan banjir ini yang mana meruntun perasaan sedih yang kuat sekali. Melihat rumah hancur. Mengalami suasana darurat yang mana kawasan ini tiada bekalan air. Tiada bekalan letrik. Paling pilu melihat orang ramai yang kelaparan dalam erti kata tak dapat makanan yang biasa dimakan. Merasai bagaimana sebotol air ya