Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 22, 2020

Budaya Forward Dan Viral Tanpa Siasat

Imej
Saya ada 22 group Whatsap. Apabila musim pilihanraya ia menjadi bahan bacaan setiap masa. Malah kita boleh buat ramalan pihak mana yang boleh menang. Whatsap ni ada satu budaya yang saya lihat sudah menjadi kelaziman berlaku dan saya sendiri suka lakukan. Kita tak payah tulis apa-apa cuma tekan butang ↷ maka bahan yang kita dapat tu akan pergi kepada orang lain atau group lain. Ketika virus Covid19 sedang melanda dunia dan negara kita, banyak info yang masuk. Bayangkanlah jika 22 group Whatsap yang saya ada sudah tentu ada masej yang sama akan masuk. Kita tak boleh nak pastikan segala masej itu benar atau tidak. Cuma jika ada waktunya ada kawan yang lebih prihatin maka dia akan membalas bahawa mesej itu tak betul atau sudah basi. Ada waktunya akan ada pihak berkuasa menafikan masej yang diviralkan. Misalnya satu audio mengenai dakwaan seorang askar yang diviralkan. Saya pun dapat. Semasa mendengar suara yang dikirimkan tu sudah mula rasa curiga. Tak lama selepas

Virus Covid 19: Bertabahlah Wahai Hati

Imej
Kita sering mendengar bencana berlaku di negara orang baik banjir, gempa bumi, gunung berapi dan tsunami. Di Malaysia sering hadapi ialah banjir besar di Pantai Timur, Johor dan di beberapa negeri lain. Rakyat Malaysia masih bertuah Allah tidak menurunkan bencana dalam skala besar. Tsunami di Banda Acheh dan 14 buah negara lain telah mengorban sekitar  230,000-280,000 orang dan membanjiri masyarakat pantai dengan gelombang hingga 30 meter (100 kaki) tinggi. Ia adalah salah satu bencana alam paling dahsyat dalam sejarah yang direkodkan. Indonesia adalah negara paling sukar dilanda, diikuti oleh Sri Lanka, India, dan Thailand.  Tsunami berlaku pada 26 Disember 2004. Seluruh dunia gempar termasuk rakyat Malaysia. (Sila baca catatan saya dengan klik di sini Tsunami di Banda Acheh ) Menteri Hal Ehwal Islam Di Malaysia sering terjadi banjir besar yang memusnahkan harta benda dalam jumlah yang besar. Rumah-rumah rosak. Walaupun tidak mengorbankan jiwa dalam jumlah yang ramai, nam