Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 15, 2020

Monolog Seorang Ayah

Buat Anak-Anakku & Menantuku :  Anak-anak ayah pernah melihat tubuh ayah dibawa masuk ke bilik kecemasan. Waktu itu anak-anak ayah tak dibenarkan masuk oleh petugas hospital. Kalian menitis air mata.  Selang tak lama nama ayah dipanggil kerana ada keperluan menemui waris. Anak-anak ayah dikhabarkan ayah perlu ditahan kat wad.  Malamnya ayah bersendirian tanpa keluarga kecuali petugas hospital. Itu pun ada waktu sahaja mereka datang ke katil ayah.  Anak-anak ayah pernah melihat sekujur tubuh disorong ke bilik bedah. Ayah lemah waktu itu kerana jiwa tak tenteram kerana memikirkan pembedahan itu akan berjaya atau sebaliknya. Enam jam kemudian ayah dikeluarkan dalam keadaan masih lemah tapi ayah masih senyum sebab melihat wajah ibu dan anak-anak. Bukan wajah malaikat Munkar dan Nakir!  Ayah sihat selepas itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa.  Akhir suatu masa ayah dan ibu buat keputusan menunaikan haji.  Di kompleks haji/lapangan terbang ayah tahu ka

Kita Sedang Diuji

Allah sedang menguji kita tak kira agama dan bangsa dengan penularan virus yang menggerunkan diseluruh dunia. Ujian begini biasa terjadi bila-bila masa dan di mana sahaja. Malah jika Allah hendak menghapuskan sesuatu kaum tidak mustahil ia terjadi.  Lihat sahaja peristiwa tentera bergajah, hanya dengan batu kecil yang panas telah dilontar oleh burung Ababil maka tentera Abrahah tewas dan gagal memusnahkan Baitullah.  Malah sejak zaman berzaman banyak bencana alam terjadi seperti gempa bumi, gunung berapi, tsunami yang memusnahkan ribuan manusia.  Allah, jika hendak memusnahkan sesuatu kaum Dia akan musnah tak kira siapa termasuk orang yang taat kepada-Nya.  Sebab itu kita yang lemah kena patuh pada ajaran Rasulullah SAW dan para ulama. Lihat apakah amalan kita sudah sempurna? Bagaimana kawalan maksiat? Bagaimana dengan aurat kita?  Dalam kita membicarakan segala kawalan oleh pemerintah apakah kita telah menilai kesilapan sebelum ini?  Kalau kita marahkan araha