Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 2, 2020

Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara

Imej
Anda sihat setelah bersara? Alhamdulillah jika begitu. Tetapi jika sebelum bersara anda sudah ada Darah Tinggi, Deabetes, Jantung Masalah Pernafasan dan lain-lain sebenarnya anda akan melalui titik hitam suatu masa nanti. Bersedialah walaupun anda seorang yang cergas melakukan aktiviti senaman. Namun jika anda membuat pemantauan kesihatan di hospital Alhamdulillah anda tidak akan melalui kehidupan yang samar. Usia 60an bukan usia untuk bersuka ria dengan apa sahaja perkara seperti usia 20an atau 30an. Ada kes kawan saya sebulan sebelum bersara jatuh dan terlantar di hospital kerana masalah jantung. Ada kawan saya tiga bulan sebelum bersara dimasukkan ke hospital kerana masalah Deabetes. Seorang kawan saya yang sedang merancang untuk bersara awal, jatuh selepas bermain bedminton dan meninggal. Manakala rakan sepejabat isteri saya pulang ke rumah ketika tengahari jatuh dan meninggal sebelum masuk kerja sesi petang. Saya bukan hendak menakutkan anda. Kepada yang yang m

Bersedia Menjadi Tetamu Allah Di Musim Haji.

Tahniah kepada tuan/puan yang telah menerima jemputan menunai haji musim 1441. Saya doakan agar terus sihat, istiqamah sehingga Hari Wukuf. Kepada yang belum dijemput bersabarlah kerana sifat kesabaran itu antara sifat mulia yang akan dibawa ke Tanah Suci. Dalam hubungan ini berdasarkan pengalaman, setiap jemaah akan diuji oleh Allah dalam tiga keadaan. Sebelum berangkat, semasa di Tanah Suci, setelah pulang ke tanah air. Oleh itu berlapang dada dengan segala ujian. Ujian ini hanya dirasai oleh kita sahaja dan kalau boleh jangan kongsi pengalaman pahit. Sebelum berangkat elok usah bertanya pengalaman haji orang lain kecuali yang baik-baik sahaja. Paling bagus jika tuan/puan mengaji dengan ustaz atau ustazah yang berpengalaman ketika menunaikan haji. Ingat usah gusar dengan dosa yang ada. Kita ke sana untuk beribadat. Kalau ada ujian jangan berburuk sangka dengan Allah. Bersyukurlah bagi yang pernah ke sana kerana menunai umrah. Pengalaman di sana akan membantu kita. Gunaka