Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 19, 2020

Kemurungan Seorang Pesakit

Kes pertama: Saya diberitahu ada pesakit tiba-tiba mengamuk nak bunuh diri. Setelah dipujuk pesakit dirujuk ke Psikiatri. Puncanya pesakit tersebut tertekan kerana melihat sebutharga rawatannya yang amat tinggi. Kes kedua: Ada pesakit Buah Pinggang yang menderita jiwa dan bertanya apakah dia boleh sembuh dengan proses Dyalisis setiap tiga kali seminggu. Kes ketiga: Ada pesakit hilang ingatan kerana anaknya meninggal kerana penyakit barah. Kisah-kisah diatas saya petik dari peristiwa yang sebenar tapi perlu merahsiakan nama hospital dan nama pesakit. Kebanyakkannya mereka saya kenal rapat. Kemurungan atau tekanan perasaan seorang pesakit fizikal banyak terjadi dewasa ini. Ada yang mengeluarkan kata-kata "kenapa Allah beri penyakit ini kepada saya?". Atau ada yang berkata "Kenapa penyakit ini dihidap oleh anak saya, bukan saya". Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan k