Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 1, 2019

Arahan Doktor Pada 6 Disember 2019

Imej
6 Disember 2019 saya isteri dan puteri bongsu keuar seawal jam 6.30 pagi ke Hospital  Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM)/PPUKM. Saya ada temujanji klinik hati. Kami keluar awal sebab merancang selepas siap temujanji dengan doktor akan bergerak ke Utara nak balik ziarah saudara mara dan kawan-kawan di sana.   Saya lega sebab nombor giliran saya naik cepat. Doktor terus bersuara dalam keadaan serius, "Encik U ada pernah jumpa doktor Nefro?". Saya jawab ringkas; "Ada...." Doktor menyambung lagi bahawa Buah Pinggang saya semakin lemah. Cretianen 1,000 lebih ulas doktor. Doktor terus menghubungi klinik pakar Nefro. Doktor di sana meminta saya naik ke wad 6F. Nanti saya buat surat lampiran kata doktor tersebut. Saya naik ke tingkat 6 HCTM dan bertemu Nurse. Mereka mengambil darah saya dan minta datang semula selepas solat Jumaat. Seperti yang diminta selepas solat Jumaat di surau HCTM saya kembali ke wad 6F bertemu doktor dan memberitahu keputusan ujian dar